Perawan Malam

Perawan Malam
PengarahAziz Sattar
Lakon layarAziz Sattar
Dibintangi
Tarikh tayangan
1988
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Perawan Malam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1988. Filem Perawan Malam diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Perawan Malam mula ditayangkan pada 1988 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Dharma Harun Al Rashid, Salih Yaacob, Rosyam Nor, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Perawan Malam diarah oleh pengarah Datuk Aziz Sattar pada 1988.

Ringkasan

Mengisahkah tiga orang sekawan, Kamal, Kamis & Kamil, yang menjumpai Pontianak semasa perkhemahan di dalam hutan. Tengkuk Pontianak itu telah dipaku oleh Kamal dan ia berubah menjadi seorang perempuan cantik. Kamal menamakan perempuan itu ‘Perawan’.

Perawan telah dibawa pulang oleh mereka untuk diajarkan supaya menjalani kehidupan seperti manusia. Walau bagaimanapun, Perawan masih tetap mempunyai sifat-sifat Pontianak seperti mengghaibkan diri & menghisap darah. Banyak kejadian-kejadian yang menyeramkan telah menimpa Kamal & kawan-kawannya.

Pelakon

  • Dharma Harun Al Rashid sebagai Kamal
  • Salih Yaacob sebagai Kamil
  • Rosyam Nor sebagai Kamis
  • Ziela Jalil sebagai Perawan
  • Suhaina Yahya sebagai Kalsom
  • Lily Patra sebagai Kamsiah
  • Aziz Sattar sebagai Bapa Kalsom
  • Hasnah Ibrahim sebagai Emak Kalsom
  • Wazata Zain sebagai Pemandu Teksi
  • Imuda sebagai Lelaki Lembut di pondok telefon (Pelakon Undangan)

Lagu

Pencapaian

Lihat juga


Pautan luar