Perempuan Tanpa Dosa

  • Melodrama
    Cinta
    Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Daripada Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya oleh Fatinilam Sari Ahmad.PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
  • Kamal Adli
  • Uqasha Senrose
  • Uyaina Arshad
  • Yusuf Bahrin
Lagu pembukaanSembah - Naim DanielLagu penutupSembah - Naim DanielNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod33 episodPenerbitanPenerbit eksekutif
  • Francis Foo
  • Leng Lai
PenerbitMichael AngTempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Juita VidenPenyiaranSaluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)Format gambar1080i (HDTV)Format audioDolby Digital PlusSiaran asal6 Oktober 2020 – 30 November 2020KronologiMengikutiBidadari Kiriman TuhanDiikuti olehBiar Mereka Cemburu

Perempuan Tanpa Dosa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Michael Ang dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 6 Oktober 2020 menggantikan Bidadari Kiriman Tuhan [1].

Sinopsis

Demi maruah, Datuk Majid (Hilal Azman)terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily (Uqasha Senrose) dengan Rizal (Kamal Adli) dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie (Zac Zaky) datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan.

Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah (Uyaina Arshad). Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu menerima pinangan Rahman (Yusuf Bahrin).

Ketika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

Pelakon

  • Kamal Adli sebagai Rizal
  • Uqasha Senrose sebagai Lily Syazrina
  • Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
  • Yusuf Bahrin sebagai Rahman
  • Zac Zaky sebagai Eddie
  • Hilal Azman sebagai Datuk Majid
  • Shaza Bae sebagai Yaya
  • Susan Menan sebagai Mummy Lily (arwah)/Puan Suraya
  • Fadilah Mansor sebagai Mak Som
  • Mak Wan sebagai Mak Leha
  • Azza Zawari sebagai Kak Habsah
  • Mama Sheeda Ali sebagai Mak Munah
  • Fadzil A. Aziz sebagai Pak Awang
  • Scha Elinnea sebagai Mira
  • Rae sebagai Orang Surau (dailog with uyaina/usu sakinah)

Rujukan

  1. ^ Drama Perempuan Tanpa Dosa MyInfotaip 5 Oktober 2020. Dicapai 6 Oktober 2020