Permatang Pauh

Bandar Permatang Pauh
ڤرماتڠ ڤاوه
Geografi
StatusBandar
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
DaerahSeberang Perai
MukimBandar Permatang Pauh
KeluasanN/A

Permatang Pauh merupakan sebuah kawasan di Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia. Dalam peta, ia terletak di 5.409151 Utara, 100.421004 Timur.

Permatang Pauh boleh dihubungi melalui beberapa lebuh raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Sungai Perai menjadi sungai utama di sini dan membentuk timbunan tanah lanar aluvium yang subur. Banjir kerap berlaku terutama pada bulan November - Januari setiap tahun. Air banjir melimpah di tebing-tebing sungai, kampung dan taman perumahan. Tanah aluvium sesuai ditanam dengan tanaman padi. Oleh yang demikian penduduk di sini terdiri daripada orang Melayu melebihi 58 % dan mengusahakan sawah padi. Di Bumbung Lima, Seberang Perai terdapat pusat penyelidikan padi bagi menghasilkan benih padi bermutu dan menyelidik teknik sawah padi terkini.

Antara kawasan berdekatan ialah Bukit Mertajam, Kubang Semang, Kampung Tun sardonSeberang Jaya, Permatang Pasir, Simpang Ampat, Perai, Butterworth, pusat bandaraya Georgetown, bandar Kulim dan Lunas

Kampung tradisional banyak terdapat di Permatang Pauh dan kini dimajukan menjadi taman perumahan dan kawasan bandar. Antaranya ialah Kampung Permatang Ara, Permatang Rambai,Pengkalan Tambang, Kampung Kota, Bukit Jelutong, Sama Gagah, Kampung Guar Perahu,Kampung Guar Petai, Kampung Tanjung Putus, Kampung Teluk, Kampung Manggis, Kampung Pokok Keras, Kampung Terus, Kampung Masjid Timah, Kampung Permatang Rawa, Kampung Padang Song son, Kampung Padang Kerai Kecil, Kampung Hutan Nibung, Kampung Belah Dua, Kampung Besar, Kampung Bukit Pelanduk, Kampung Bukit Merah, Permatang Pasir, Kampung Padang Ibu,Permatang Janggus, Permatang Berangan dan lain-lain.

Taman perumahan di sini antaranya ialah Taman Ampang Jajar, Taman Ara Indah,Taman Samagagah,Bandar Perda,Taman Pauh,Taman Pauh Indah,Taman Pauh Jaya,Taman Pauh Damai,Taman Haji Muhammad Amin,Taman Bunga Raya,Taman Akasia,Taman Guar Perahu.

Parlimen

Permatang Pauh terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh (P44) yang mana ia terbahagi kepada 3 Dewan Undangan Negeri iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

Parlimen Permatang Pauh sebelum ini diwakili oleh Anwar Ibrahim, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak Ogos 2008. Namun disebabkan Kes liwat Anwar Ibrahim II, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan Anwar Ibrahim kekal bersala dan menetapkan hukuman 5 tahun penjara untuk beliau, disamping Anwar gagal memperoleh Pengampunan Diraja dari Seri Paduka Baginda Yang-DiPertuan Agong. Permatang Pauh bagaimanapun sebelum ini pernah diwakili oleh isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat.

Di dalam pilihan raya kecil yang telah dijalankan 26 Ogos 2008, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengambil alih kembali Parlimen P44 Permatang Pauh setelah menewaskan calon BN-UMNO Arif Shah dengan majoriti sebanyak 15,671 pengundi. Pilihan raya kecil ini telah diadakan setelah Wan Azizah melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim yang merupakan suaminya merebut kembali kerusi parlimen tersebut setelah tempoh penggantungan beliau telah tamat.[1]

Institusi pendidikan

Terdapat dua institusi pengajian tinggi terletak di Permatang Pauh, yang dikenali sebagai kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Politeknik Seberang Perai.

Rujukan

  1. ^ "Big guns from both sides descend on Permatang Pauh". The Star. 4 Ogos 2008. Dicapai pada 2008-08-07.
  • l
  • b
  • s
Ibu Negeri: George Town
Topik
Masyarakat
  • Senibina
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Tarikan pelancong
Bahagian pentadbiran
Ibu Negeri
Bandaraya
Daerah
Pinggir bandar
Hab kediaman
Hab kediaman lama
Pulau
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Pulau Pinang Bahagian pilihan raya di Pulau Pinang
   

P041 Kepala Batas
N01 Penaga
N02 Bertam
N03 Pinang Tunggal

P042 Tasek Gelugor
N04 Permatang Berangan
N05 Sungai Dua
N06 Telok Ayer Tawar

P043 Bagan
N07 Sungai Puyu
N08 Bagan Jermal
N09 Bagan Dalam

P044 Permatang Pauh
N10 Seberang Jaya
N11 Permatang Pasir
N12 Penanti

P045 Bukit Mertajam
N13 Berapit
N14 Machang Bubuk
N15 Padang Lalang

P046 Batu Kawan
N16 Perai
N17 Bukit Tengah
N18 Bukit Tambun

P047 Nibong Tebal
N19 Jawi
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh

P048 Bukit Bendera
N22 Tanjong Bunga
N23 Air Putih
N24 Kebun Bunga
N25 Pulau Tikus

P049 Tanjong
N26 Padang Kota
N27 Pengkalan Kota
N28 Komtar

P050 Jelutong
N29 Datok Keramat
N30 Sungai Pinang
N31 Batu Lancang

P051 Bukit Gelugor
N32 Seri Delima
N33 Air Itam
N34 Paya Terubong

P052 Bayan Baru
N35 Batu Uban
N36 Pantai Jerejak
N37 Batu Maung

P053 Balik Pulau
N38 Bayan Lepas
N39 Pulau Betong
N40 Telok Bahang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori