Pilihan raya kecil Kemaman 2023
| ||||||||||||||||
Kerusi Kemaman di Dewan Rakyat. Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak. | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 141,471 | |||||||||||||||
Pengundi hadir | 93,239 | |||||||||||||||
| ||||||||||||||||
|
Pilihan raya kecil Parlimen Kemaman 2023 ialah pilihan raya kecil ketiga selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang bakal diadakan pada 2 Disember 2023.[1][2] Pilihan raya ini diadakan berikutan kemenangan penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan oleh mahkamah yang menyebabkan kekosongan kerusi.[3]
Keputusan pilihan raya ini menyaksikan kemenangan calon PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti 37,220.[4]
Tarikh penting
Tarikh | Peristiwa |
---|---|
2022 | |
19 November | Calon PAS yang juga penyandang, Che Alias Hamid memenangi kerusi Kemaman dalam pilihan raya umum Malaysia 2022.[5] |
2023 | |
3 Januari | Seorang pengundi, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil[6] memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Petisyen dibantah oleh penyandang, Che Alias. |
13 Februari | Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Wan Mohamad Hisham apabila membenarkan bantahan awal oleh penyandang berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah. Keputusan dirayu oleh pempetisyen.[3] |
2 Mei | Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.[3] |
26 September | Hakim Mahkamah Tinggi, Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil, dan membatalkan kemenangan penyandang.[3] |
3 Oktober | PAS memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen.[7] |
17 Oktober | Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya. |
13 November | Pengumuman calon Barisan Nasional[8] |
16 November | Pengumuman calon Parti Islam Se-Malaysia[9] |
18 November | Hari penamaan calon |
28 November | Hari pengundian awal |
2 Disember | Hari mengundi |
Keputusan
Keputusan pilihan raya lepas (2022)
No. | Calon | Parti | Undi | Majoriti | Keputusan lepas (2018) | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Nama pada kertas | Penyandang | Majoriti | ||||
1 | Rosli Ab Ghani | Rosli | Parti Pejuang Tanah Air[n 1] | 506 | 27,179 | Ustaz Alias Abd Hamid (PAS) | 2,163 |
2 | Che Alias Hamid | Ustaz Che Alias Hamid | Parti Islam Se-Malaysia[n 2] | 65,714 | |||
3 | Ahmad Said | Dato' Seri Hj Ahmad Bin Said | Barisan Nasional[n 3] | 38,535 | |||
4 | Hasuni Sudin | Hasuni bin Sudin | Pakatan Harapan[n 4] | 8,340 |
Keputusan penuh (2023)
No. | Calon | Parti | Undi | Majoriti | Keputusan lepas (2022) | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Nama pada kertas | Penyandang | Majoriti | ||||
1 | Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor | Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi | Barisan Nasional | 27,778 | 37,220 | Ustaz Che Alias Hamid (PAS)[n 2] | 27,179 |
2 | Ahmad Samsuri Mokhtar | Dr. Sam | Parti Islam Se-Malaysia[n 2] | 64,998 |
Nota
- ^ Calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang mewakili gabungan Gerakan Tanah Air, namun menggunakan lambang Parti Pejuang Tanah Air dalam pilihan raya.
- ^ a b c Calon PAS yang mewakili gabungan Perikatan Nasional, namun menggunakan lambang PAS di Terengganu dan Kelantan.
- ^ Calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional.
- ^ Calon Parti Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Harapan.
Rujukan
- ^ YUSOF, AZMI (2023-10-17). "PRK Parlimen Kemaman 2 Dis, penamaan calon 18 Nov". HD Premium (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-17.
- ^ RAHIM, MAISARAH SHEIKH (2023-10-17). "PRK Parlimen Kemaman 2 Disember". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-10-17.
- ^ a b c d Rashid, Hidir Reduan Abdul (2023-09-26). "PN hilang Kemaman: Mahkamah batalkan kemenangan Che Alias". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-10-06.
- ^ "PRK Kemaman: Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 37,220 undi". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-12-04.
- ^ "PRU15: PAS sapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan". BHarian. 19 November 2022. Dicapai pada 18 Julai 2023.
- ^ MOKTAR, NURFARDLINA IZZATI (2023-09-26). "Kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman terbatal". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-10-06.
- ^ BERNAMA (2023-10-03). "Pas tidak rayu keputusan petisyen Kemaman - Takiyuddin". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-06.
- ^ "Raja Mohamed Affandi diumum calon BN bagi PRK Kemaman". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-11-16.
- ^ ADLAN, MOHD AZLI (2023-11-16). "Ahmad Samsuri calon Pas PRK Kemaman". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-11-16.