Pokok Penaga Lilin

Pokok Penaga Lilin
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Penaga Lilin merupakan sejenis tumbuhan hutan hujan tropika yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Mesua ferrea.[1]

Pokok Penaga Lilin ini merupakan pokok kebangsaan Sri Lanka. Pokok Penaga Lilin sering ditanam secara meluas di Asia sebagai pokok hiasan kerana ia memiliki bentuk yang menawan, dan daunnya yang berwarna hijau kekelabuan dan berlilin.

Pokok Penaga Lilin mengeluarkan pucuk-pucuk merah muda yang tergantung melentuk manakala bunganya besar berwarna putih dan kuning.

Lain-lain

Beberapa spesies yang juga dikenali sebagai penaga adalah:-

  • Pokok Penaga Laut
  • Pokok Penaga Bayan
  • Pokok Penaga Lilin
  • Pokok Penaga Tikus


Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Mesua ferrea: Pokok ubatan, hiasan menawan.