Psittaciformes

Parrot
Julat zaman: Eosen – Holosen 50–0 Ma
PreЄ
Є
O
S
D
C
P
T
J
K
Pg
N
KakapoAustralian ringneckMakaw biru-dan-kuningKeaLesser vasa parrotPalm cockatoo
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Klad: Psittacopasserae
Order: Psittaciformes
Wagler, 1830
Famili super

Cacatuoidea (kakaktua)
Psittacoidea (burung nuri)
Strigopoidea (parrot New Zealand)

Julat taburan parrot, semua spesies (merah)
Makaw biru-dan-kuning sedang makan walnut yang dipegang dengan kaki
 
Parrot
 
 

Psittacidae

 

Cacatuidae

 

Strigopidae

 

Burung-burung lain

Hubungan phylogenetik di antara tiga keluarga parrot berdasarkan maklumat yang didapati[1][2][3]

Parrot (atau juga dikenali sebagai psittacines) (disebut /ˈsɪtəsaɪnz/) adalah sekumpulan burung yang membentuk order Psittaciformes. Ia terdiri dari 86 genus dan kira-kira 372 spesies. Ia boleh dijumpai di kebanyakan kawasan beriklim panas dan tropika. Order ini kemudian dibahagikan kepada tiga keluarga iaitu Psittacidae (parrot asli), Cacatuidae (kakatua) dan Strigopidae (parrot New Zealand). Parrot ini bertaburan luas dan mendiami kawasan sederhana panas seperti di Hemisfera Selatan. Kepelbagaiannya dapat dilihat lebih tertumpu di kawasan Amerika Selatan dan Australasia.

Ciri-ciri fizikal burung parrot ialah mempunyai paruh yang kuat dan melengkung, bertenggek tegak, mempunyai kaki yang kuat dan berkuku kaki zigodaktil. Kebanyakan parrot mempunyai warna yang terang dan jelas, serta terdapat juga beberapa yang mempunyai banyak warna. Bagi bulu pelepah burung kakaktua, kebiasaanya berwarna putih sehinggalah ke warna hitam dan juga berbulu pelepah yang boleh digerakkan di atas kepalanya. Kebanyakan parrot menunjukkan sedikit atau tiada langsung sifat dimorfisme seksnya. Di samping itu, parrot ini juga terdapat dalam pelbagai saiz.

Diet pemakanan burung parrot ini kebiasaanya seperti bijirin, kekacang, buah, tunas dan lain-lain tumbuhan lagi. Terdapat juga beberapa spesies yang memakan haiwan dan bangkai, manakala burung lories dan lorikeet hanya memakan nektar tumbuhan dan bebuah yang lembut. Hampir kesemua parrot akan bersarang di lubang pokok (atau kotak sarang bagi yang di dalam kurungan) dan akan bertelur berwarna putih yang mana akan menetas sebagai anak burung parrot.

Menurut kajian, parrot dan juga beberapa jenis burung yang lain seperti gagak, iaitu raven, jay dan magpie, merupakan burung yang paling bijak dalam kalangan burung-burung yang lain dan juga berkebolehan untuk meniru suara manusia bagi beberapa spesies, yang mana meningkatkan lagi populariti burung tersebut sebagai haiwan kesayangan. Malangnya, tindakan menangkap dan menjual sebagai haiwan peliharaan di pasar gelap, serta pemburuan dan saingan daripada spesies invasif telah menyebabkan kehilangan habitat dan kekurangan populasi liarnya kerana dijadikan sasaran oleh kumpulan unggas yang lain untuk mengeksploitasi kumpulan parrot ini, berbanding dengan kumpulan burung yang lain. Tindakan pemuliharaan yang terkini telah mengambil kira langkah serius dalam memelihara habitat beberapa spesies burung yang kurang karismatik, sebagaimana yang telah dilakukan ke atas beberapa spesies karismatik yang berprofil tinggi, yang mana, juga hidup dalam satu ekosistem yang sama.

Evolusi dan Sistematik

Asal usul dan evolusi

Menurut pakar burung, asal usul burung parrot ini tidak begitu jelas. Kepelbagaian Psittaciforme di Amerika Selatan dan Australasia, dianggap evolusi order telah berlaku di sekitar Gondwanaland, yang terletak di tengah Australasia. Walau bagaimanapun, penemuan rangka parrot di dalam rekod fosil telah menimbulkan masalah dalam membuktikannya.

Berdasarkan mendapan serpihan daripada paruh bawah burung ini yang sepanjang 1002 mm (UCMP 143274) yang dijumpai di Lance Creek Formation di Niobrara County, Wyoming, telah dianggap fosil parrot tertua dan juga berkemungkinan telah wujud sejak zaman Cretaceous Akhir, kira-kira 70 juta tahun dahulu. Kajian demi kajian telah dibuat dan ramai pakar beranggapan bahawa fosil ini bukannya daripada fosil burung, tetapi daripada caenagnathid theropod atau dinasaur bukan avian yang mempunyai paruh seakan burung.

Kini, secara kasarnya, Psittaciformes atau pun burung-burung yang berkait dengan ordernya, telah dikatakan berasal daripada peristiwa kepupusan Cretaceous–Tertiary, yang berlaku lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Jika ya, maka ianya mungkin belum berlaku evolusi morfologi autapomorphiesnya, tetapi merupakan burung arboreal, yang mana secara kasarnya menyerupai (tidaklah begitu ketara) potoo atau burung frogmouths pada hari ini (lihat Palaeopsittacus di bawah).

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Wright
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama deKloet
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama tokita

Pautan luar

  • Parrots, Macaws and Allies
  • Parrot videos Diarkibkan 2016-06-20 di Wayback Machine on the Internet Bird Collection
  • l
  • b
  • s


  • l
  • b
  • s
Burung (kelas: Aves)
Anatomi
Anatomi burung – Terbang – Telur – Bulu pelepah – Bulu – Paruh – Penglihatan – Daktili – Kelenjar selisik
Tingkah laku
Siulan – Kepintaran – Migrasi – Pengeraman – Parasit pengeraman – Pembiakan burung laut – Sarang – Hibrid
Evolusi
Evolusi burung – Asal burung – Pipit Darwin – Burung laut – Asal Terbang

Subkelas: Neornithes
(29 order burung moden)
Super-order: Palaeognathae
Struthioniformes (ratites) – Tinamiformes (tinamous)
Super-order: Neognathae
Accipitriformes – Anseriformes (burung air) – Apodiformes (burung walit dan burung madu) – Caprimulgiformes (burung tukang dan saudaranya) – Cariamiformes (seriemas dan saudaranya) – Charadriiformes (burung camar dan saudaranya) – Ciconiiformes (burung botak) – Coliiformes (mousebirds) – Columbiformes (merpati dan tekukur) – Coraciiformes (burung pekaka dan saudaranya) – Cuculiformes (sewah padang dan saudaranya) – Eurypygiformes (Kagu and Sunbittern) – Falconiformes (alalap dan saudaranya) – Galliformes (gamebirds) – Gaviiformes (burung selam) – Gruiformes (burung jenjang dan saudaranya) – Passeriformes (burung tenggek) – Pelecaniformes (burung undan dan saudaranya) – Phaethontiformes (tropicbirds) – Phoenicopteriformes (flamingo) – Piciformes (burung belatuk dan saudaranya) – Podicipediformes (tetimbul/titihan) – Procellariiformes (albatros dan petrel) – Psittaciformes (parrot) – Pteroclidiformes (katah) – Sphenisciformes (penguin) – Strigiformes (burung hantu) – Trogoniformes (kesumba/luntur dan ketsal)
Fosil burung
  • Archaeopteryx
  • Omnivoropterygiformes
  • Confuciusornithiformes
  • Enantiornithes
  • Chaoyangiiformes
  • Patagopterygiformes
  • Ambiortiformes
  • Songlingornithiformes
  • Apsaraviformes
  • Gansuiformes
  • Ichthyornithiformes
  • Hesperornithes
  • Lithornithiformes
  • Dinornithiformes
  • Aepyornithiformes
  • Gastornithiformes
Burung dan manusia
Penyincinan burung – Ornitologi – Pengumpulan burung – Pemerhatian burung – Memberi burung makan – Pemuliharaan – Budaya unggas – Pemburuan burung air – Sabung ayam – Lumba merpati – Jinak lalap – Jinak kuang
Senarai
Keluarga dan order – Genus – Senarai mengikut kawasan – Burung yang pupus – Burung prasejarah Kuaterner Akhir – Taksonomi Sibley-Ahlquist
Kategori – Portal – Outline
  • l
  • b
  • s
Kakaktua (Keluarga: Cacatuidae)
Penampilan
Kecil
Nymphicus
Hitam
Calyptorhynchus
(subgenus)
Zanda
(subgenus)
Kakaktua Hitam Ekor Kuning • Kakaktua Hitam Carnaby • Kakaktua Hitam Baudin
Probosciger
Merah jambu atau kelabu
Callocephalon
Eolophus
Lophochroa
Putih
Cacatua
(subgenus)
Licmetis
(subgenus)
Corella Paruh Panjang • Corella Barat (rencana berkaitan: Corella Muir • Corella Butler) • Corella Kecil • Corella Tanimbar (atau Kakaktua Goffin) • Kakaktua Solomon • Kakaktua Filipina
Cookie • Snowball • Jambul
  • l
  • b
  • s
Kea, Kaka, dan Kakapo (keluarga : Strigopidae)
Puak
Spesies (kepupusan: † bermaksa spesies disahkan telah pupus; ₴ bermakna bukti hanya melalui sub-fosil)
Nestorini
Nestor
Kea • Kaka New Zealand • Kaka Norfolk † • Kaka Chatham † ₴
Strigopini
Strigops
Kakapo • Sirocco (parrot))
Senarai Strigopidae • Burung dari New Zealand