Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Besar, Felda Sendayan, 71950, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Ilmu Meninggikan Mutu |
Nombor sekolah | 6067922569 |
Kod sekolah | NEE4102 |
Faks | 6067922569 |
Laman sesawang | [1] |
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan atau nama ringkasnya SMK (Felda) Seri Sendayan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar, Felda Sendayan.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan memiliki 261 pelajar lelaki dan 258 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 519 orang. Ia mempunyai seramai 37 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan mula ditubuhkan pada 1 Januari 1964. Terletak dalam radius lingkungan Bandar Sri Sendayan dan juga Pangkalan Udara TUDM Sendayan serta kira-kira 13 km dari Bandar Seremban. Sekolah ini menyediakan pendidikan khususnya kepada anak-anak peneroka Felda Sendayan dan penduduk sekitar. Pada asal penubuhannya, sekolah ini diberi nama sebagai Sekolah Menengah Sendayan (SMS) dan kemudiannya telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan (SMKSS). Pada 30 Mac 1984, YB. Dato' Sulaiman bin Hj. Daud, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah merasmikan sekolah ini. Kini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan (SMKFSS).
Pengetua pertama sekolah ini adalah En. Abdul Aziz bin Abd. Kadir (1.1.1965-31.12.1972). Sehingga kini, seramai 16 orang pernah menjadi pengetua sekolah ini, termasuklah pengetua yang terkini, En. Shafie bin Hj. Mohd Noor.
Visi
Pendidikan Berkualiti. Insan Terdidik. Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Matlamat
·Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
·Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
·Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
·Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan
- Jalan Besar, Felda Sendayan
- 71950, Seremban
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6067922569
- Fax = 6067922569
Pautan luar
- [2]