Senario The Movie Ops Pocot

Senario The Movie Ops Pocot
PengarahIsmail Bob Hashim
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
  • Azlee Jaafar
  • Lan Pet Pet
  • Wahid
  • Mas Muharni
  • Diana Amir
  • Kamal Adli
SinematografiAreel Abu Bakar
Disunting olehBrian Ng
Syarikat
penerbitan
Metrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 21 Julai 2011 (2011-07-21) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.50 juta [1]
Pecah panggungRM 1.06 juta

Senario The Movie Ops Pocot ialah sebuah filem komedi Malaysia 2011 arahan pengarah yang mencetuskan fenomena RM 8 juta melalui filem Ngangkung, Ismail Bob Hashim yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 21 Julai 2011. Filem yang dibintangi Kumpulan Senario, Mas Muharni, dan Diana Amir ini menunjukkan kehidupan tiga orang dalam menjalani latihan dalam unit RELA

Sinopsis

Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?

Pelakon

  • Azlee Jaafar sebagai Azlee
  • Lan Pet Pet sebagai Lan
  • Wahid sebagai Wahid
  • Diana Amir sebagai Mala
  • Mas Muharni sebagai Azie
  • Sasqia Dahuri sebagai Ann
  • Kamal Adli sebagai Hairi
  • Mr. Os sebagai Pak Bad
  • Hairul Azreen sebagai Maman
  • Shah Rempit sebagai Bob
  • Putri Mardiana sebagai Perjuang Wanita
  • Kamal Bakar sebagai Manap
  • Hanis Kamal sebagai Peragut
  • Alex Yanz sebagai Bos Wahid

Rujukan

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.

Pautan luar

  • Senario The Movie Ops Pocot di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • l
  • b
  • s
Senario
Ahli
Ahli sekarang
Bekas ahli
Album
  • Senario (1997)
  • Senario 2 (1998)
  • Senario 3 - Seantero (2000)
  • Senario 4 (2001)
  • Senario Can Mali Can (2001)
  • Senario 5 (2005)
Filem
Trilogi Asal (Aziz M.Osman)
Mamat Khalid
Aziz M.Osman (2)
Prekuel (Ahmad Idham)
  • Senario The Movie: Episode 1
  • Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
Era Baru
Rancangan Animasi Televisyen
Sitkom Televisyen
Kumpulan serpihan