Shhh... I Love You

  • Cinta
  • Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Shhh... I Love You
karya Farisya NatashaDitulis olehMufid SuhaimiPengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Elvina Mohamad
Gambit Saifullah
Tash YongLagu pembukaanKisah Cinta - Asfan ShahLagu penutupBukan Aku - Hyper ActNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod28 EpisodPenerbitanPenerbit eksekutifHemanathan PaulPenerbitZulkeflee Mohd SaidPenyunting
  • Yun Amirul
  • Asyraf Zainal
Lokasi
  • Kuala Lumpur
  • Lembah Kelang
  • Putrajaya
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks StudiosPenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Akasia)Siaran asal3 April 2017 – 18 Mei 2017KronologiMengikutiSuamiku Paling SweetDiikuti olehKu Kirim Cinta

Shhh... I Love You ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Nizam Zakaria Dibintangi oleh Elvina Mohamad, Gambit Saifullah dan Tash Yong, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 3 April 2017 menggantikan Suamiku Paling Sweet.[1]

Sinopsis

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital. Nadia kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta. Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Runut bunyi

  • "Kisah Cinta" - Asfan Shah
  • "Bukan Aku" - Hyper Act

Rujukan

  1. ^ Drama Shhh... I Love You (TV3) My Infotaip (28 Mac 2017). Dicapai pada 28 Mac 2017.