Sukan Paralimpiad Malaysia 2014
Bandar tuan rumah | Perlis |
---|---|
Cogan kata | Seiring Menuju Kecemerlangan |
Penyertaan pasukan | 15 |
Sukan | 9 |
Upacara pembukaan | 21 Ogos 2014 |
Upacara penutupan | 25 Ogos 2014 |
← Pahang 2012 Sarawak 2016 → |
Sukan Paralimpiad Malaysia 2014 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Perlis dari 21 hingga 25 Ogos 2014. Temasya ini merupakan temasya Sukan Paralimpiad Malaysia yang ke-17. Ratusan atlet dari 15 negeri di Malaysia telah bertanding dalam sembilan sukan yang dipertandingkan. Sarawak kekal menjadi juara keseluruhan buat kali ke-11 berturut-turut.
Pembangunan dan persiapan
Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar negeri Perlis;
Tempat | Sukan |
---|---|
Stadium Tuanku Syed Putra | Renang, Badminton, Memanah, Boling padang, Olahraga, Bola keranjang kerusi roda, Tenis kerusi roda, Ping pong |
Dewan Majlis Sukan Negeri Perlis | Powerlifting |
Pemasaran
Logo
Logo rasmi temasya ini merupakan seekor singa dan terdiri daripada empat warna; kuning, biru, merah dan putih. Kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara, biru melambangkan keharmonian dan perpaduan dalam sukan, merah melambangkan semangat juang dan kegigihan menghadapi pelbagai cabaran manakala putih melambangkan makna keluhuran dan kesucian jiwa serta keikhlasan.[1]
Maskot
Maskot rasmi temasya ini ialah seekor singa yang menjadi ikon dan identiti Perlis yang amat dikenali sebagai "Singa Utara". Walaupun singa tidak pernah wujud di negeri ini namun singa diangkat sebagai imej utama logo kerana ia melambangkan rakyat Perlis sendiri yang memiliki sifat dan jiwa seperti singa iaitu berani, pantas, cekap, suka hidup berkawan, pintar dan penyayang.[1]
Penyertaan
Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Kontinjen dari WP Putrajaya bertanding dalam kontinjen WP Kuala Lumpur.
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Kuala Lumpur
- Labuan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
Acara sukan
Terdapat sembilan sukan dipertandingkan dalam temasya ini;[2]
- Badminton (butiran)
- Boling padang (butiran)
- Bola keranjang kerusi roda (butiran)
- Tenis kerusi roda (butiran)
- Memanah (butiran)
- Olahraga (butiran)
- Ping pong (butiran)
- Powerlifting (butiran)
- Renang (butiran)
Pungutan pingat
Sarawak berjaya menjadi pasukan yang paling banyak meraih pingat.[2]
* Tuan rumah (Perlis)
Kedudukan | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Sarawak | 66 | 55 | 44 | 165 |
2 | Terengganu | 40 | 16 | 17 | 73 |
3 | Johor | 29 | 17 | 10 | 56 |
4 | Sabah | 24 | 17 | 17 | 58 |
5 | Kedah | 17 | 14 | 23 | 54 |
6 | Kuala Lumpur | 16 | 19 | 21 | 56 |
7 | Perlis* | 15 | 12 | 4 | 31 |
8 | Perak | 14 | 16 | 15 | 45 |
9 | Pulau Pinang | 11 | 15 | 15 | 41 |
10 | Melaka | 11 | 13 | 12 | 36 |
11 | Selangor | 10 | 10 | 10 | 30 |
12 | Kelantan | 9 | 10 | 7 | 26 |
13 | Negeri Sembilan | 6 | 11 | 9 | 26 |
14 | Pahang | 5 | 6 | 10 | 21 |
15 | Labuan | 2 | 3 | 5 | 10 |
Jumlah (15 negeri) | 275 | 234 | 219 | 728 |
Rujukan
- ^ a b "Logo Rasmi Sukma XVII Perlis 2014". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2015. Dicapai pada 18 Februari 2023.
- ^ a b "Keputusan Sukan Paralimpiad Perlis 2014". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2015. Dicapai pada 18 Februari 2023.