Sungai Dua

Sungai Dua merupakan sebuah bandar universiti di suburb Glugor, George Town di Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di kawasan timur Bandaraya Georgetown. Bandar yang paling hampir dengan Sungai Dua ialah Gelugor. Nama Sungai Dua ini diambil kerana ia terletak di antara dua batang sungai lalu dinamakan Sungai Dua. Populasi penduduknya berkembang selepas pembukaan USM (Universiti Sains Malaysia) pada 1969. Tapak asal USM ialah berek tentera British dan berkhidmat sebagai kem pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Majoriti penduduk awal ialah Cina Hokkien. Kebanyakan penduduk Cina Hokkien kemudian tinggal di kampung dan tahap pendidikan berada di peringkat rendah atau menengah. Ramai yang menggunakan status pendidikan bagi membasmi kemiskinan melanda mereka. Sekolah pertama diasaskan di Sungai Dua ialah Sekolah Keong Hoe yang mana ia kemudian dialihkan pada tahun 80-an..

Kebanyakan pelajar USM dari luar Pulau Pinang menjana pertumbuhan dan penambahan populasi penduduk di Sungai Dua. Secara terkini, Sungai Dua merupakan sebuah bandar yang sedang dibangunkan dan kemudahan infrastruktur yang canggih serta tapak perumahan. Restoran yang beroperasi 24 jam dan kedai runcit dan apartmen banyak tingkat turut bertambah di kawasan ini. Cawangan pusat membeli belah besar iaitu TESCO extra (lebih dikenali sebagai Makro) dibuka (21 Mei 2007) di Sungai Dua sebagai keperluan semasa kepada masyarakat setempat. Restoran makanan segera seperti McDonald's, KFC, Pizza Hut, dan Baskin Robins turut membuka cawangannya di Sungai Dua.

  • l
  • b
  • s
Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang Pulau Mutiara Lambang Pulau Pinang
Ibu Negeri: George Town
Topik
Masyarakat
  • Senibina
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Tarikan pelancong
Bahagian pentadbiran
Ibu Negeri
Bandar raya
Daerah
Pinggir bandar
Hab kediaman
Hab kediaman lama
Pulau
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Pulau Pinang Bahagian pilihan raya di Pulau Pinang
   

P041 Kepala Batas
N01 Penaga
N02 Bertam
N03 Pinang Tunggal

P042 Tasek Gelugor
N04 Permatang Berangan
N05 Sungai Dua
N06 Telok Ayer Tawar

P043 Bagan
N07 Sungai Puyu
N08 Bagan Jermal
N09 Bagan Dalam

P044 Permatang Pauh
N10 Seberang Jaya
N11 Permatang Pasir
N12 Penanti

P045 Bukit Mertajam
N13 Berapit
N14 Machang Bubuk
N15 Padang Lalang

P046 Batu Kawan
N16 Perai
N17 Bukit Tengah
N18 Bukit Tambun

P047 Nibong Tebal
N19 Jawi
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh

P048 Bukit Bendera
N22 Tanjong Bunga
N23 Air Putih
N24 Kebun Bunga
N25 Pulau Tikus

P049 Tanjong
N26 Padang Kota
N27 Pengkalan Kota
N28 Komtar

P050 Jelutong
N29 Datok Keramat
N30 Sungai Pinang
N31 Batu Lancang

P051 Bukit Gelugor
N32 Seri Delima
N33 Air Itam
N34 Paya Terubong

P052 Bayan Baru
N35 Batu Uban
N36 Pantai Jerejak
N37 Batu Maung

P053 Balik Pulau
N38 Bayan Lepas
N39 Pulau Betong
N40 Telok Bahang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori
Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s