Tengku Abdul Rahman
Tengku Abdul Rahman | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang[1] | |||||
Keputeraan | (1960-08-23) 23 Ogos 1960 (umur 63) Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya | ||||
Pasangan | 1) Yang Amat Berbahagia Che Puan Muda Pahang Che Puan Julita Aishah binti Abdul Latiff (k. 2002) 2) Yang Berbahagia Che Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip (k. 2012) | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Kerabat | Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang | ||||
Ayahanda | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | ||||
Bonda | Tengku Ampuan Hajah Afzan | ||||
Agama | Islam |
Kerabat Diraja Pahang |
---|
Kerabat luas diraja Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Abu Bakar
YAM Tengku Seri Nila Utama Tengku Nong Soraya
YAM Tengku Panglima Besar YM Tengku Kamal Bahrin ibni Almarhum Sultan Abu Bakar YM Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Abu Bakar YM Raja Abu Bakar Shah bin Raja Dato’ Jalil Shah |
|
Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (diputerakan pada (1960-08-23)23 Ogos 1960 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang) merupakan anakanda kelima dan putera kedua kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan.
Kehidupan awal
Tengku Abd Rahman merupakan paduka anakanda kelima daripada tujuh adik-beradik kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan. Beliau juga adalah adinda kepada Sultan Pahang ke 6, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Beliau melanjutkan pengajian di Harrow College Middlesex, United Kingdom dan telah berjaya mendapat ijazah Sarjana (MBA).
Jumaah Pemangku Raja Pahang
Tengku Abd Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang pada 15 Februari 2019 hingga 15 Disember 2019.
Pelantikan beliau diadakan mengikut Fasal 1 (a) Perkara 18 (Bahagian Pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri iaitu jika sekiranya Raja Pemerintah dipilih memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka Raja Pemerintah boleh melantik Pemangku Raja atau Jumaah Pemangku Raja bagi menunaikan tugas-tugas diraja sehingga sampai masanya baginda berhenti menjalankan tugas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sementara Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahad Mua’adzam Sultan Ahmad Shah, pula dilantik menjadi Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang juga bagi tempoh yang sama.
Lima lagi yang Ahli Jumaah Pemangku Raja yang dilantik, menjalankan tugas secara bergilir-gilir mengikut tempoh yang telah ditetapkan.[2]
Nama | Gelaran | Catatan | Tempoh |
---|---|---|---|
Tengku Abd Rahman ibni Sultan Ahmad Shah | Tengku Muda Pahang | Pengerusi | 15 Februari 2019 - 15 Disember 2019 |
Tengku Fahd Mua’adzam ibni Sultan Ahmad Shah | Tengku Arif Temenggong Pahang | Ahli | 15 Februari 2019 - 15 Disember 2019 |
Tengku Hajah Meriam binti Sultan Ahmad Shah | Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang | Ahli | 15 Februari 2019 - 15 April 2019 |
Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah | Tengku Puteri Seri Teja Pahang | Ahli | 16 April 2019 - 16 Jun 2019 |
Tengku Hajah Aishah binti Sultan Ahmad Shah | Tengku Puteri Seri Kemala Pahang | Ahli | 17 Jun 2019 - 17 Ogos 2019 |
Tengku Hajah Nong Fatimah binti Sultan Ahmad Shah | Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang | Ahli | 18 Ogos 2019 - 18 Oktober 2019 |
Tengku Hajah Shahariah binti Sultan Ahmad Shah | Tengku Puteri Bongsu Pahang | Ahli | 18 Oktober 2019 - 15 Disember 2019 |
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
Gelaran hormat bagi Tengku Abdul Rahman | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tengku |
Terasul dan gelaran
- 23 Ogos 1960 – 8 Mei 1974 : Yang Mulia Tengku Abdul Rahman ibni Tengku Ahmad Shah
- 8 Mei 1974 – 24 Oktober 1986 : Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- 24 Oktober 1986 - 15 Februari 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- 15 Februari 2019 – 22 Mei 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang
- 22 Mei 2019 — 15 Disember 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang
- 15 Disember 2019 – kini : Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Penganugerahan Kurniaan Darjah
Tengku Abdul Rahman telah dianugerahkan.
- Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K II)
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri (S.S.A.P)
- Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' Indera (S.I.M.P.)
Nama penuh Tengku Abdul Rahman berserta gelaran rasmi ialah.
Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, D.K. (II), S.S.A.P., S.I.M.P.
Keturunan
- Lihat juga: Sultan Pahang
Keturunan Tengku Abdul Rahman | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Rujukan
Pautan luar
Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Darul Makmar Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah Tarikh keputeraan: 23 Ogos 1960 | ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Gelaran Diraja | ||
Susunan penggantian | ||
Didahului oleh Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah | Pewaris Tahkta Negeri Pahang Kedudukan ketujuh 24 Oktober 1986-Kini | Diikuti oleh: Tengku Fahd Mua’adzam |