Tunku Ampuan Najihah

تونكو امڤوان ناجيههcode: ms is deprecated Raja Permaisuri AgongTempoh26 April 1994 – 25 April 1999Didahului olehTuanku BainunDiikuti olehTuanku Siti AishahTunku Ampuan Besar Negeri SembilanTempoh18 April 1967 – 27 Disember 2008Didahului olehTunku Ampuan DurahDiikuti olehTuanku Aishah RohaniIsteri Tunku Muda SertingTempoh1942 - 1967Tunku Ampuan Negeri SembilanTempoh28 Disember 2008 - 8 September 2023Didahului olehTunku Ampuan DurahCanselor Pertama
Universiti Sains Islam MalaysiaTempoh2003 - 2 Disember 2011Didahului olehDiri sendiriDiikuti olehTuanku Aishah Rohani
KeputeraanTunku Najihah binti Tunku Burhanuddin
(1923-09-01)1 September 1923
Seri Menanti, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu BersekutuKemangkatan8 September 2023(2023-09-08) (umur 100)
Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, MalaysiaPemakaman8 September 2023
Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri SembilanPasanganTuanku Ja’afar (k. 1942; m. 2008)Anakanda
  • Tunku Naquiah
  • Tunku Naquiyuddin
  • Tunku Imran
  • Tunku Jawahir
  • Tunku Irinah
  • Tunku Nadzaruddin
AyahandaTunku Besar BurhanuddinBondaCik Haljiah Umar
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang.
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhriz,
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
  • YAM Tunku Naquiah, Tunku Dara
    YM Tunku Mudzaffar, Tunku Kecil Besar
    • YM Tunku Nadzimuddin
      YBhg. Che Puan Sarimah Ibrahim
      • YM Tunku Sofia Najihah
    • YM Tunku Miratun Madihah
      YBhg. Dato' James Iskandar Jaafar-Greaves
      • Putera Ryan
      • Puteri Tahlia
    • YM Tunku Nasaifuddin
      YBhg. Che Puan Claire Rania Moore Abdullah
      • YM Tunku Arthur Idris
      • YM Tunku Gabriella Amiera
    • YM Tunku Nasruan Adil
  • YAM Tunku Naquiyuddin, Tunku Laksamana
    YAM Tunku Nurul Hayati Tunku Bahador, Tunku Puan Muda
    • Tunku Mohammad Alauddin Naquiyuddin
      Putri Badrinise Alauddin
      • Tunku Alayna Putri
    • Tunku Alia Nadira Naquiyuddin
      Lorance Cheikh El Haddadin
    • Tunku Nadia Sahiya Naquiyuddin
    • Tunku Khairul Zaim Naquiyuddin
  • YAM Tunku Imran, Tunku Muda Serting
    YM Che’ Engku Mahirah Abdullah
    • Tunku Abdul Rahman Aminullah
    • Tunku Khairil Imran
    • Tunku Tarrant
  • YAM Tunku Jawahir, Tunku Puteri
    YAM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
    • Tengku Asra Jehan Juzailah Tengku Azlan
    • Tengku Aslahuddin Jaafar Tengku Azlan
      Raja Heidi
      • Tengku Muhammad Ayden Saladin
    • Tengku A'zran Tengku Azlan
  • YAM Tunku Irinah, Tengku Puan Panglima Raja Selangor
    YAM Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tengku Panglima Raja Selangor
    • Tengku Alam Shah Amiruddin
    • Tengku Alana Iman Shahirah
  • YAM Tunku Nadzaruddin, Tunku Panglima Besar
    Tunku Mimi Wahida Tunku Abdullah Wahman
    • Tunku Muhammad Hazim Shah Raden
    • Tunku Muhammad Mish’al Raden
    • Tunku Ines Najiha Raden
  • YAM Tunku Anne Dakhlah
    YBhg. Dato' Abdul Malek Sheikh Abdullah
    • Siti Mazeera
      Encik Shazmi Izzam
    • Siti Mazlina
    • Siti Mazlynda
  • YAM Tunku Deborah
    YBhg. Dato' Ahmad Fuad Abdul Rahman
  • YAM Tunku Deannah
    YM Tengku Amran Tengku Muhammad Yusuf
    • Tengku Amera Nafisah
    • Tengku Nadia Azrina
    • Tengku Dahira Azirah
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
Kerabat Yamtuan Imam
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
  • l
  • b
  • s

Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin (1 September 1923 – 8 September 2023) ialah Raja Permaisuri Agong ke-10 dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Baginda memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudiannya, baginda mengikuti kursus bahasa dan program latihan khas untuk isteri diplomat semasa Seri Paduka Baginda Tuanku Ja'afar menjalani kursus khas Perkhidmatan Diplomatik di London.

Kehidupan peribadi

Baginda ialah bekas pelajar di London School of Oriental Studies dan menjadi jawatankuasa "Associated Country of the World". Baginda juga menjadi Penaung berbagai-bagai pertubuhan wanita, antaranya Pertubuhan Pandu Puteri Negeri Sembilan, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dan Institut Wanita. Sebagai seorang ahli sukan yang gigih, Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah handal bermain hoki, bola keranjang dan badminton dan baginda juga handal bermain golf, tenis dan menembak. Baginda menjadi Presiden Pasukan Badminton Tuanku Ampuan dan Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia, Pasukan Golf Wanita Malaysia dan juga Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia.

Derma kurnia Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat miskin, orang kurang upaya dan yang kurang bernasib baik memang sudah terbukti. Baginda sentiasa bersedia meluangkan masa demi menyokong sebarang usaha yang murni. Sebagai Penaung Rumah Kanak-kanak Tunku Ampuan Najihah di Temiang, baginda sentiasa memberikan perhatian khas terhadap penghuninya yang kurang upaya dan kurang bernasib baik.

Melukis ialah salah satu kegemaran Seri Paduka Baginda. Kaum kerabat Diraja yang lain juga gemar melukis kerana seni ini merangsang kreativiti, menanam sifat kesabaran, ketenangan dan penghargaan terhadap sesuatu yang indah.

Kerabat

Pasangan diraja ini dianugerahkan dengan tiga putera dan tiga puteri, iaitu Tunku Naquiah, Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irinah dan Tunku Nadzaruddin. Ketiga-tiga putera baginda merupakan tiga orang daripada Putera Yang Empat, kumpulan putera yang menjadi pewaris takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Canselor USIM

Tunku Ampuan Najihah merupakan Canselor Pertama USIM.

Kemangkatan

Tunku Ampuan Najihah telah mangkat pada jam 6.53 pagi, pada hari Jumaat bertarikh 8 September 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.[1]

Jenazah baginda selamat dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah bersebelahan dengan makam suami baginda, almarhum Tuanku Ja’afar.[2]

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran negeri

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.)
    • Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J.) - Dato' Seri (1990)
  •  Malaysia
    • Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  •  Kedah
    • Darjah Kerabat Kedah (D.K.)
  •  Kelantan
    • Darjah Kebesaran Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (D.K.)
    • Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) - Dato' (1992)

Darjah kebesaran negara luar

  •  Sepanyol
    • Banda de Dama de La Orden del Merito Civil (24.3.1995)[3]

Eponim

Beberapa tempat turut dinamakan sempena nama baginda, termasuklah:

  • Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan
  • SMK Tunku Ampuan Najihah, sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan
  • Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan
  • Taman Tuanku Ampuan Najihah, sebuah kawasan perumahan di Seremban, Negeri Sembilan

Rujukan

  1. ^ BADRUL HAFIZAN MAT ISA (8 September 2023). Tunku Ampuan Najihah mangkat Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2023.
  2. ^ NOR AINNA HAMZAH (8 September 2023). Jenazah Tunku Ampuan Najihah selamat dimakamkan Kosmo. Dicapai pada 8 September 2023.
  3. ^ Nama dari bahasa Sepanyol. Dalam bahasa Inggeris: Dame Grand Cross of the Order of Civil Meritcode: en is deprecated . Rujuk: "Boletín Oficial del Estado" (PDF).