Wafer
Wafer | |
---|---|
Sandwic ais krim disediakan dengan wafer | |
Nama alternatif | Waffer |
Jenis | Wafer |
sunting · sunting di Wikidata |
Dalam ilmu gastronomi, wafer (Jawi: وافرcode: ms is deprecated ; disebut [wéi.fĕr] atau [wa.fĕr]) ialah sejenis biskut segar, manis, sangat nipis, rata dan kering[1] yang sering digunakan untuk menghiasi aiskrim dan beberapa pencuci mulut lain.[2] Wafer juga boleh dijadikan asas biskut dengan penambahan inti krim berperisa yang diapit di antara kepingan wafer tersebut.
Tujuan lain
Istilah "wafer" turut merujuk kepada suatu kepingan jenis tawar dan keras yang digunakan dalam upacara keagamaan tertentu iaitu Eukaris dalam agama Kristian terutamanya mazhab-mazhab Katolik Rom, Anglikan, Luteran dan beberapa gereja Protestan tradisional yang lain. Kepingan suci ini sering mempunyai imej salib atau gambaran penyaliban Yesus Kristus pada permukaannya.
Rujukan
Pautan luar
- Kategori berkenaan Wafer di Wikimedia Commons