Wakaf Tuan Farrer

Wakaf Tuan Farrer
Wakaf Tuan Farrer setelah 2 kali dibina semula.
Lokasi Pasir Puteh, Kelantan
Dibina pada 1917-1919 (anggaran)
Fungsi Wakaf / tempat rehat


Wakaf Tuan Farrer merupakan sebuah monumen bersejarah yang terdapat di Pasir Puteh, Kelantan. Monumen ini terletak di bulatan Jalan Nara, Pasir Puteh berdekatan dengan Masjid Ibrahimi iaitu masjid besar bagi bandar Pasir Puteh. Wakaf atau dalam Bahasa Inggeris Rest Pavilion adalah merupakan sebuah tempat yang dibina oleh penduduk tempatan bagi pengembara untuk berhenti rehat.

Wakaf Tuan Farrer dipercayai dibina sekitar tahun 1917 - 1919 dan dinamakan sempena pemangku Penasihat British di Kelantan pada ketika itu iaitu Roland John Farrer.

Pembinaan semula

Pada 2007, satu kemalangan telah berlaku di Wakaf Tuan Farrer lalu meranapkan keseluruhan struktur wakaf ini. Pihak MDPP dan agensi-agensi kerajaan telah membina semula wakaf ini bagi mengekalkan nilai sejarah tempat ini.[1]

Pada tahun 2010, wakaf ini dibina semula dengan berdasarkan rupa dan rekabentuk yang asal. Wakaf ini dibina menggunakan konkrit, berbeza dengan struktur asal yang dibina berasaskan kayu. Struktur asal seperti kayu alang dan kasa jantan masih dibina menggunakan bahan asal.[1]

Imej

Wakaf Tuan Farrer pada 2008

Rujukan

  1. ^ a b Rekreasi. Diterbitkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh.
  • Info di laman web worldstatesmen.com
  • Foto Roland John Farrer di laman travel.webshots
  • Berita Wakaf Tuan Farrer di laman bernama.com
  • l
  • b
  • s
Bangunan, monumen dan tempat bersejarah di Kelantan
Kota Bharu
Bank Pitis · Bank Kerapu · Masjid Kampung Laut · Masjid Muhammadi · Masjid Lama Mulong  · Dataran Rehal
Pasir Puteh
Wakaf Tuan Farrer · Kuala Pak Amat
Pasir Mas
Tumpat
Makam Tok Janggut · Masjid Tok Selehor · Rumah Api Tumpat · Jambatan Bijih · Istana Bukit Tanah · Bangunan Majlis Daerah Tumpat · Kelab Kasino
Tanah Merah
Jambatan Guillemard
Bachok
Kubu kebal British
Machang
Kuala Krai
Ikon tunas

Rencana berkaitan Kelantan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s