Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Yang Arif Dato'

Wan Ahmad Farid Wan Salleh

DPMT (Ter)
Wan Ahmad Farid pada 2018
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Syed Hamid Albar
Didahului oleh Tan Chai Ho
Digantikan oleh Abu Seman Yusop
Jelaing Mersat
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
23 Disember 2008 – 9 April 2009
Dalam jawatan
23 Disember 2005 – 22 Disember 2008
Butiran peribadi
Lahir (1962-11-13) 13 November 1962 (umur 61)
Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik (-2013)
PasanganTo' Puan Intan Baizura Abdul Wahab
ProfesionHakim

YA Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (lahir 13 November 1962) ialah peguam dan bekas ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi sejak 8 Ogos 2019[1]. Ketika dalam politik, beliau berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal (2005-2008 dan 2008-2009). Beliau meletakkan jawatan sebagai Senator untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 ekoran kematian penyandangnya Razali Ismail. Walau bagaimanapun, beliau ditewaskan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Di peringkat parti beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Beliau umum bersara daripada politik pada tahun 2013[2].

Biodata

  • Dilahirkan pada 13 November 1962[3]
  • Tempat lahir di Kuala Terengganu

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009

Dia kalah dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 pada 17 Januari 2009 kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya mendapat 30,552 undi berbanding Wahid Endut mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon Bebas hanya mendapat 193 undi.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail (UMNO/Barisan Nasional).

Rujukan

  1. ^ Biodata Hakim
  2. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/24/judge-disqualifies-himself-from-hearing-najibs-suit-against-tony-pua/
  3. ^ Biodata