Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil
YBhg Datuk Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil PJN | |
---|---|
Ahli Pimpinan Tertinggi BERSATU | |
Dalam jawatan 2016–2020 | |
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 2017–2020 | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Saifuddin Abdullah |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1971 |
Meninggal dunia | 1 Disember 2021 Hospital Temerloh |
Parti politik | BERSATU |
Sekutu gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan | Datin Khairunnisa Saleh |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Wan Sauja Ratna Wan Mohammad (ibu kandung) Wan Rahmah Wan Abdul Hayat (ibu tiri) |
Bapa | Wan Abdul Jalil Tok Muda Wan Mustafa |
Datuk Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil adalah bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU[1] yang dilantik pada tahun 2016 lalu. Di akar umbi, beliau adalah bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Pahang.[2]
Pilihan raya
Beliau telah bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 untuk kerusi Parlimen Jerantut, Pahang. Dalam pertandingan tiga penjuru tersebut, beliau telah tewas kepada penyandang, Ahmad Nazlan Idris dari Barisan Nasional dan calon dari PAS, Yohanis Ahmad.[3]
Pautan luar
Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil di Facebook