Zaman Paleolitik di Malaysia

Sejarah
dan prasejarah manusia
sebelum Homo  (Zaman pliosen)
Prasejarah
(sistem tiga zaman)
Zaman Batu
Paleolitik Awal
  • Homo
  • Homo erectus
Paleolitik Tengah
Homo sapiens awal
Paleolitik Akhir
Kemodenan tingkah laku
Neolitik
Buaian Tamadun
Zaman Gangsa
line-height:1.3em
Zaman Besi
line-height:1.3em
Sejarah bertulis
Sejarah purba
Rekod paling awal
Pasca Era Klasik
Sejarah moden
  • Awal
  • Kemudian
  • Kontemporari
Masa Depan
  • l
  • b
  • s

Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat itu.

Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu:[1]

Penyelidikan dahulu mengatakan, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah.Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.</ref>

Zaman paleolitik

Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:

  • hidup berpindah-randah,
  • biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan sekitar tasik.

kegiatan dan peralatan adalah seperti yang berikut:

  • memburu binatang liar
  • memungut hasil hutan
  • peralatan batu berupa batu serpihan

Ciri-ciri kepercayaan:

  • mengamalkan animisme iaitu percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat dan roh orang mati
  • mengamalkan upacara perkuburan

Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia:

Pada tahun 1990, manusia perak iaitu rangka manuasia zaman paleolitik telah ditemui di Perak.

Zaman Mesolitik

Zaman yang cara hidupnya yang semakin berkembang.

•Cuaca tidak terlalu sejuk 

•Bukan memburu sahaja tetapi menangkap ikan sebagai sumber makanan.

Zaman Neolitik

Zaman yang mula menunjukkan tahap perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang lebih baik.

  • Wujud kawasan petempatan
  • Mula bercucuk tanam
  • Membuat tembikar
  • Menternak binatang

Artifak Zaman Neolitik di Malaysia

  • kuali

Periuk purba ditemui di Gua Musang,Kelantan

  • Belanga Tanah

Belanga Tanah yang berkaki Tiga ataupun tripod ditemui di Jenderam Hilir,Selangor

Zaman Logam

Zaman ini merujuk kepada penggunaan gangsa dan besi.

  • Telah melakukan inovasi logam besi

dan gangsa dalam peralatan masakan

  • Mula melakukan aktiviti pelayaran
  • Menjalankan aktiviti pertukaran barang

(Zaman neolitik)

Peralatan besi yang digunakan

  • samurai
  • Tulang mawas
  • puting Beliung
  • Mata lembing
  • Pisau bersoket

Rujukan

  1. ^ Sejarah Oleh Nadira Yusop & Azizah Abu Chik