Eropah taklukan Jerman
Eropah taklukan Jerman merujuk kepada negara-negara berdaulat Eropah yang diduduki sepenuhnya atau sebahagian dan diduduki secara awam (termasuk negara boneka) oleh angkatan tentera dan kerajaan Jerman Nazi di pelbagai masa antara tahun 1939 dan 1945, semasa dan sebelum Perang Dunia II, secara umum ditadbir oleh rejim Nazi, dibawah kediktatoran Adolf Hitler.[1] Wehrmacht Jerman menduduki benua Eropah bermula dari:
- sejauh timur ke bandar Mozdok di Kaukasus Utara di Kesatuan Soviet (1942–1943)
- sejauh utara ke desa Barentsburg di Svalbard di Kerajaan Norway
- sejauh selatan ke pulau Gavdos di Kerajaan Greece
- sejauh barat ke pulau Ushant di Republik Perancis
Diluar Eropah pula, tentera Jerman menguasai kawasan Afrika Utara di Mesir, Libya, dan Tunisia pada masa antara tahun 1940 dan 1945. Para saintis tentera Jerman mendirikan pangkalan stesen cuaca Schatzgräber di utara jauh ke Alexandra Land di Franz Josef Land – dikatakan sebahagian dari Asia. Stesen cuaca Jerman juga beroperasi di Amerika Utara (Greenland: Holzauge, Bassgeiger [de], Pangkalan Edelweiss [de]). Selain itu, kapal-kapal Kriegsmarine Jerman beroperasi di semua lautan dunia sepanjang peperangan.
Latar belakang
Beberapa negara yang diduduki Jerman memasuki Perang Dunia Kedua sebagai Sekutu United Kingdom atau Kesatuan Soviet. Ada yang terpaksa menyerahkalah seperti Czechoslovakia; lain-lain seperti Poland (diserang pada 1 September 1939)[1] telah dikalahkan dalam peperangan dan kemudian ditakluki. Dalam beberapa kes, kerajaan buangan yang sah, dalam kes-kes lain kerajaan buangan telah dibentuk oleh rakyat mereka di negara-negara Berikat yang lain. Negara-negara terpilih diduduki oleh Nazi Jerman adalah secara rasmi berkecuali. Namun, yang lain adalah bekas sahabat Kuasa Paksi, dan telah diduduki oleh tentera Jerman pada peringkat perang seterusnya, seperti Finland,Sepanyol Dan Hungary.
Negara-negara taklukan
Negara-negara taklukan meliputi semua atau sebahagian besar dari yang berikut:
Negara/wilayah taklukan | Negara boneka/pentadbiran tentera | Garis masa penaklukan | Wilayah jajahan/diilhak Jerman | Gerakan penentang |
---|---|---|---|---|
Kerajaan Albania | Kerajaan Albania | 8 September 1943 – 29 November 1944 | Tiada | Pemberontak Albania |
Guernsey | Pentadbiran Tentera di Perancis | 30 Jun 1940 – 9 Mei 1945 | Tiada | Pemberontak Guernsey |
Jersey | Pentadbiran Tentera di Perancis | 1 Julai 1940 – 9 Mei 1945 | Tiada | Pemberontak Jersey |
Republik Czechoslovakia | Republik Slovakia | 1 Oktober 1938 – 11 Mei 1945 | Gau Bayreuth Negeri Naungan Bohemia dan Moravia Reichsgau Niederdonau Reichsgau Oberdonau Reichsgau Sudetenland | Pemberontak Czechoslovakia |
Persekutuan Austria | Tiada. Walaupun terdapat banyak sokongan popular di Austria untuk penyatuan (semula) dengan Jerman, Canselor Engelbert Dollfuss dan penggantinya Kurt Schuschnigg ingin mengekalkan sedikit kemerdekaan. Dollfuss telah melaksanakan satu rejim autoritarian yang kini disebut Austrofasisme, disambung oleh Schussnigg, yang memenjarakan ramai ahli Parti Nazi Austria dan Parti Demokratik Sosial kerana memilih penyatuan. Keganasan dilakukan oleh ahli Parti Nazi Austria termasuk pembunuhan Dollfuss, berserta dengan propaganda Jerman dan ancaman pencerobohan oleh Adolf Hitler, akhirnya menyebabkan Schuschnigg menyerah dan meletakkan jawatan. Namun, Hitler, tidak menunggu pengganti pilihannya, iaitu Arthur Seyss-Inquart, untuk mengangkat sumpah jawatan dan mengarahkan tentera Jerman menceroboh Austria pada waktu subuh 12 Mac 1938, dimana mereka disambut dengan sorakan orang ramai dan tentera Austria pula diarah tidak melawan. | 12 Mac 1938 – 9 Mei 1945 | Reichsgau Kärnten Reichsgau Niederdonau Reichsgau Oberdonau Reichsgau Salzburg Reichsgau Steiermark Reichsgau Tirol-Vorarlberg Reichsgau Wien | Pemberontak Austria |
Kota Bebas Danzig | Tiada. Kota ini serta-merta diilhak ke Jerman bersama-sama dengan Wilayah Pomerania Poland. | 1 September 1939 – 9 Mei 1945 | Reichsgau Danzig-Prusia Barat | Pemberontak Danzig |
Republik Perancis | Negara Perancis Pentadbiran Tentera di Belgium dan Utara Perancis Pentadbiran Tentera di Perancis | 10 Mei 1940 – 9 Mei 1945 | Gau Baden Gau Westmark Reichsgau Wallonien | Pemberontak Perancis |
Luxembourg | Pentadbiran Tentera Luxembourg | 10 Mei 1940 – Februari 1945 | Gau Moselland | Pemberontak Luxembourg |
Kepulauan Aegea Itali | Kepulauan Aegea Itali | 8 September 1943 – 8 Mei 1945 | Tiada | |
Belgium | Pentadbiran Tentera di Belgium dan Utara Perancis | 10 Mei 1940 – 4 Februari 1945 | Gau Cologne-Aachen Reichsgau Wallonien | Pemberontak Belgium |
Denmark | Negara naungan | 9 April 1940 – 5 Mei 1945 | Tiada | Pemberontak Denmark |
Kerajaan Greece | Pentadbiran Tentera di Greece
| 6 April 1941 – 8 Mei 1945 | Tiada | Pemberontak Greece |
Kerajaan Hungary | Kerajaan Hungary
| 19 Mac 1944 – Mei 1945 | Tiada | Pemberontak Hungary |
Kerajaan Itali | Republik Sosial Itali | 8 September 1943 – 2 Mei 1945 | Tiada | Pemberontak Itali |
Norway | Komisariat Reich bagi Negara Taklukan Norway | 9 April 1940 – 8 Mei 1945 | None | Pemberontak Norway |
Belanda | Komisariat Reich bagi Negara Taklukan Belanda | 10 Mei 1940 – 20 Mei 1945 | Tiada | Pemberontak Belanda |
Kerajaan Yugoslavia | Kerajaan Albania Wilayah Montenegro taklukan Jerman Negara Merdeka Makedonia Wilayah Panglima Tentera di Serbia | 6 April 1941 – 15 Mei 1945 | Reichsgau Kärnten Reichsgau Steiermark | Pemberontak Yugoslavia |
Monaco | Tiada | 8 September 1943 – 3 September 1944 | Tiada | |
Finland | Tiada | 15 September 1944 – 25 April 1945 | Tiada | Pembertonak Finland |
Republik Lithuania | Komisariat Reich Timur | 22 Mac 1939 – 21 Julai 1940 23 Jun 1941 – 5 Ogos 1941 | Gau Prusia Timur | Pemberontak Lithuania |
Republik Poland | Pentadbiran Tentera di Poland | 1 September 1939 – 9 Mei 1945 | Bezirk Bialystok Gau Prusia Timur Gau Niederschlesien Kerajaan Am Reichsgau Danzig-Prusia Barat Reichsgau Wartheland | Pemberontak Poland |
San Marino | Tiada | 17 September 1944 – 20 September 1944 | Tiada | |
Wilayah Panglima Tentera di Serbia | Kerajaan Komisioner | April 30, 1941 – Januari 1945 | Tiada | Pemberontak Serbia |
Republik Slovakia | Zon Perlindungan Jerman di Slovakia | 23 Mac 1939 – Mei 1945 | Tiada | Pemberontak Slovakia |
Wilayah Lembangan Saar | Tiada. Dalam referendum tahun 1935, lebih 90% penduduk menyokong penyatuan semula dengan Jerman mengatasi pengekalan Liga Bangsa-Bangsa sebagai protektorat Perancis dan United Kingdom atau menyertai Perancis. | 1 Mac 1935 – April 1945 | Gau Palatinate-Saar Gau Saar-Palatinate | Pemberontak Saar |
Kerajaan Nasional Ukraine | Reichskommissariat Ukraine | 30 Jun 1941 – September 1941 | Kerajaan Am | Pemberontak Ukraine |
Sebahagian daripada Kesatuan Republik Sosialis Soviet | Republik Lepel Pentadbiran Tentera di Kesatuan Soviet | 22 Jun 1941 – 10 Mei 1945 | Bezirk Bialystok Kerajaan Am | Pemberontak Soviet |
Kerajaan-kerajaan buangan
Kerajaan Sekutu dalam buangan
Kerajaan Paksi dalam buangan
Kerajaan dalam buangan | Ibunegara dalam buangan | Garis masa dalam buangan | Penakluk |
---|---|---|---|
Kerajaan Bulgaria | Vienna, Empayar Jerman Raya | 16 September 1944 – 10 Mei 1945 | Kerajaan Beraja Bulgaria |
Negara Perancis | Sigmaringen, Empayar Jerman Raya | 1944 – 22 April 1945 | Kerajaan Sementara Republik Perancis |
Kerajaan Hungary | Vienna, Empayar Jerman Raya | 28/29 Mac1945 – 7 Mei 1945 | Republik Czechoslovakia Kerajaan Hungary |
Kerajaan Romania | Vienna, Empayar Jerman Raya | 1944–1945 | Kerajaan Romania |
Majlis Negara Montenegro | Zagreb, Negara Merdeka Croatia | Musim Panas 1944 – 8 Mei 1945 | Kerajaan Yugoslavia |
Republik Slovakia | Kremsmünster, Empayar Jerman Raya | 4 April 1945 – 8 Mei 1945 | Republik Czechoslovakia |
Kerajaan berkecuali dalam buangan
Kerajaan dalam buangan | Ibunegara dalam buangan | Garis masa dalam buangan | Penakluk |
---|---|---|---|
Republik Demokratik Belarusia | Prague, Republik Czechoslovakia (1923–1938) Prague, Republik Czecho-Slovak Prague, Jerman Reich/Empayar Jerman Raya | 1919 – kini | Jerman Reich/Empayar Jerman Raya Komisariat Reich Timur |
Republik Estonia | Stockholm, Kerajaan Sweden (1944 – 20 Ogos 1991) | 17 Jun 1940 – 20 Ogos 1991 | Komisariat Reich Timur |
Republik Rakyat Ukraine | Warsaw, Republik Poland (1920–1939) Prague, Jerman Reich/Empayar Jerman Raya | 1920 – 22 Ogos 1992 | Jerman Reich/Empayar Jerman Raya Kerajaan Hungary |
Republik Sepanyol dalam Pengasingan | Paris (1939-1940, 1946-1977) Bandar Mexico (1940-1946) | 4 April 1939 - 1 Julai 1977 | Republik Sepanyol |
Lihat juga
- Drang nach Osten (Mara ke Timur")
- Lebensraum ("Ruang Kehidupan")
- Neuordnung ("Order Baru")
- Areas annexed by Nazi Germany
- Pan-Germanism
- Greater Germanic Reich
- Reorganization of occupied dioceses during World War II
- Tembok Atlantik
- Perang Dunia II Kancah Eropah
- Senarai kem tahanan Nazi-Jerman
Rujukan
- ^ a b Encyclopædia Britannica, German occupied Europe. World War II. Retrieved 1 September 2015 from the Internet Archive.
- Map of Europe in 1942
- http://www.worldwar2history.info/war/Allies.html
- http://www.bbc.co.uk/history/events/germany_advances_through_europe
- http://www.holocaustresearchproject.org/nazioccupation/
- p
- b
- s
Albania · Amerika Syarikat · Australia · Belanda · Belarus · Brazil · Bulgaria · Burma · China · Czechoslovakia · Denmark · Estonia · Filipina · Finland · Greece · Hungary · India · Iraq · Ireland · Italy · Jepun · Jerman · Kanada · Latvia · Lithuania · Luxembourg · Manchukuo · Malaya · Mesir · New Zealand · Norway · Perancis · Poland · Romania · Slovakia · Afrika Selatan · Kesatuan Soviet · Sepanyol · Sweden · Thailand · Turki · Ukraine · United Kingdom · Yahudi · Yugoslavia
Templat:Nazi Germany occupations Templat:German administrative territories