Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

ݢابوڠن مهاسيسوا إسلام سمليسياcode: ms is deprecated ‎) atau GAMIS merupakan sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh mahasiswa dari institusi pengajian tinggi di Malaysia. GAMIS ditubuhkan pada tahun 1989 oleh pemimpin mahasiswa dari persatuan-persatuan mahasiswa Islam di Malaysia.

Penubuhan

GAMIS ditubuhkan pada tahun 1989 sempena dengan Pilihan raya umum Malaysia 1990. Gerakan ini pada awalnya diasaskan dengan nama Gagasan Mahasiswa Islam Se-Malaysia. GAMIS dipimpin buat pertama kalinya oleh Mohd Yusof Abdullah yang merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau dibantu oleh beberapa pimpinan mahasiswa yang lain, iaitu Sallehen Mukhyi yang merupakan Yang Dipertua Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Abdul Rahman Embong (Yang Dipertua PMI Universiti Teknologi Malaysia), Mohd Zaki Abdul Rashid (Yang Dipertua PMI Universiti Sains Malaysia), Khairuddin Talib (Yang Dipertua PMI Universiti Putra Malaysia) dan Wan Mazli Wan Dagang (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia)[1].

Manifesto 1990

Pada Oktober 1990, GAMIS telah melancarkan sebuah manifesto bertemakan Adil, Bebas, Makmur yang membawa slogan "Undi Untuk Perubahan" dan "Selamatkan Malaysia Dengan Mewujudkan Keadilan, Kebebasan dan Kebenaran".

Dalam mukadimah manifesto berkenaan, mereka menyatakan[2]

Usaha mewujudkan sebuah negara Malaysia yang Adil, Bebas dan Makmur berlandaskan prinsip-prinsip kebenaran adalah tanggungjawab seluruh rakyat. Mahasiswa juga tidak terpisah dari tanggungjawab ini. Di sini, kami yang mewakili mahasiswa Islam dari universiti-universiti tempatan mengemukakan gagasan negara Malaysia yang Adil, Bebas dan Makmur kepada parti-parti politik dan rakyat seluruhnya.

Senarai Presiden

Berikut merupakan senarai Presiden GAMIS sejak penubuhannyaː[3]

  1. 1989 - 1990: Mohd Yusof Abdullah (UM)
  2. 1990 - 1992: Tiada kepimpinan
  3. 1992 - 1993: Mohd Puad Abdul Wahab
  4. 1993 - 1994: Mohd Zuhdi Marzuki (UM)
  5. 1997 - 1998: Zaharuddin Abd Rahman (UM)
  6. 1998 - 1999: Borhanuddin Ahmad (UIAM)
  7. 1999 - 2000 : Mohd Huzairi Bin Husain (UM)
  8. 2000 - 2001: Kamarul Zaman Abdullah (USM)
  9. 2001 - 2002: Izwan Mohd Yusoff (UM)
  10. 2003 - 2004: Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki (UM)
  11. 2004 - 2005: Muhd Ramadhan Fitri Ellias (UM)
  12. 2005 - 2006: Muhammad Hanif Baderun (UM)
  13. 2006 - 2007: Ahmad Tarmizi Che Din (UIAM)
  14. 2007 - 2009: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor (UM)
  15. 2009 - 2010: Mohd Idris Mohd Yusoff (UKM)
  16. 2010 - 2011: Ahmad Syazwan Hassan (UM)
  17. 2011 - 2012: Akram Ikrami Dato' Taib Azamudden (KUIS)
  18. 2012 - 2014: Muhamad Azan Safar (UKM)
  19. 2014 - 2015: Abdul Malik Ab Razak (UIAM)
  20. 2015 - 2016: Mohd Imran bin Md Ishak (USIM)
  21. 2016 - 2017: Muhammad Afiq bin Awang Bakar (UIAM)
  22. 2017 - 2018: Muhammad Shukri bin Alimar Shidi (USIM)
  23. 2018 - 2019: Muhammad Faizzuddin bin Mohd Zai (UIAM)
  24. 2019 - 2020: Muhammad Ikhwan Nasyriq bin Salahin (UKM)
  25. 2020: Saifullah bin Baiduri (KUIS)
  26. 2020 - 2021: Mohd Zofrie Zulhilmie bin Ruslee (UKM)
  27. 2021 - 2022: Muhammad Arif Hakimi bin Maludin (USIM)
  28. 2022 - 2023: Muhammad Izzudin Bin Aziz (KUIS)
  29. 2023 - 2024: Wan Muhammad Arif Bin Wan Bazli Fariz (UM)

Isu-isu berkaitan

Rayu mansuhkan AUKU 1971

Pada 16 September 2011, Gamis menggesa kerajaan Malaysia meneliti semula dan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari menyatakan bahawa AUKU menghalang mahasiswa dan ahli akademik bersuara sebagaimana peruntukan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.Malangnya piawaian Hak Asasi Manusia PBB dibantutkan dengan pelbagai alasan.

Pemansuhan ISA

Gamis menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 960 (ISA) oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia 2011 pada 15 September 2011.Dua undang-undang baru di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan akan digubal bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Kerajaan Malaysia juga memansuhkan Akta Buang Negeri 1959.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.Akta Kediaman Terhad 1933 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 dikaji semula selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Tranformasi ini adalah tempias gelombang Perhimpunan Bersih 2.0 dan titik tolak penentuan tarikh PRU ke-13.[4]

Rujukan

  1. ^ Ahmad Fahmi Mokhtar (2017). Langkah Mahasiswa. PAMI Resources. m/s. 5.
  2. ^ "Undi Untuk Perubahan". Harakah. 19 Oktober 1990. m/s. 12. Dicapai pada 3 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Ahmad Fahmi Mokhtar (2017). Langkah Mahasiswa. PAMI Resources. m/s. 6.
  4. ^ "Gamis gesa kerajaan mansuh Auku". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-13. Dicapai pada 2019-10-17.
  • l
  • b
  • s
Kerajaan
Kementerian
Jabatan
Agensi
Wilayah
Parti Politik
Aktif
Tidak aktif/Bubar
Diharamkan
Pertubuhan masyarakat
Bangsa
Profesional
Mahasiswa/Belia
Gabungan persatuan
Diharamkan
Kumpulan pengganas
Portal Islam di Malaysia