Tengku Iesta Tengku Alaudin

Tengku Iesta Tengku Alaudin
Tengku Iesta mengangkat trofi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26
Kelahiran
Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin

(1976-01-01) 1 Januari 1976 (umur 48)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenerbit filem, penerbit eksekutif, Pengurus besar Grand Brilliance[1]
Ibu bapaDatuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (bapa)
Datin Shamsiah Mohamad (ibu)
Saudara5 adik-beradik (termasuk Iedil Putra dan Tengku Iezahdiyana)

Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin (lahir 1 Januari 1976) merupakan seorang penerbit filem Malaysia dan Pengurus Besar syarikat penerbitan terkemuka Malaysia, Grand Brilliance.[1] Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid.[2] Beliau mempunyai adik-beradik seramai lima orang dan beliau merupakan anak sulung, dua daripada lima adik beliau, Tengku Iedilzuhrie dan Tengku Iezahdiyana kini bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kehidupan peribadi

Tengku Iesta membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (2 Disember 1945 – 16 Februari 2016). Bapa beliau meninggal dunia pada 16 Februari 2016 akibat kanser tiroid pada usia 70 tahun. Tengku Iesta mempunyai dua adiknya yang terlibat dalam bidang lakonan—iaitu Tengku Iedilzuhrie dan Tengku Iezahdiyana. Dua lagi adik beliau ialah Tengku Ieras dan Tengku Iefiz.

Filemografi

Filem

Penerbit

  • Rock Bro! (2016)
  • Pekak (2016)
  • Love, Supermoon (2015)
  • Gila Baby (2014)
  • Mamak Cupcake (2014)
  • KL Zombi (2013)
  • Pecah (2013)
  • KIL (2013)
  • Rock Oo! Rimba Bara Kembali (2013)
  • Chow Kit (2012)
  • Sesuatu Yang Tertinggal (2012)
  • Klip 3GP (2011)
  • Raya Tak Jadi (2011)

Penerbit eksekutif

Penerbit bersekutu

Drama

Penerbit

Rujukan

  1. ^ a b Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin Diarkibkan 2018-06-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia (25 Ogos 2015).
  2. ^ Berkarya hingga akhir hayat Diarkibkan 2017-12-04 di Wayback Machine Harian Metro (18 Februari 2016). Dicapai pada 4 Disember 2016.

Pautan luar