Bisikan Syaitan

Bisikan Syaitan
PengarahFaizul A. Rashid
PenulisFaizul A. Rashid
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin (eksekutif)
Abdul Latiff Mohaideen
Dibintangi
  • Fizz Fairuz
  • Nabila Huda
  • Wan Sharmila
SinematografiKhalid Zakaria
Syarikat
penerbitan
  • Lightbulb Pictures
  • Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 2 Mei 2013 (2013-05-02)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Bisikan Syaitan merupakan sebuah filem seram Malaysia 2013 arahan Faizul A. Rashid dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah. Filem ini ditayangkan pada 2 Mei 2013.[1]

Plot

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Soraya (Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu. Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.[2]

Pelakon

  • Fizz Fairuz sebagai Kamil
  • Nabila Huda sebagai Soraya
  • Wan Sharmila sebagai Kamalia
  • Fara Nadiah sebagai Jasmine
  • Azam Pitt sebagai Zul
  • Fiza Halim sebagai Iera

Ulasan kritis

Nurezzatul Aqmar Mustaza mengulas untuk Sinar Harian menyifatkan Bisikan Syaitan mempunyai "perjalanan plot yang agak perlahan dengan durasi pada satu babak yang agak lama ada kalanya merencatkan sedikit perhatian penonton".[3]

Rujukan

  1. ^ Khairul Amri Hassan (2 Mei 2013). "Perjanjian durjana dengan syaitan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-10. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  2. ^ "Sinopsis Filem Bisikan Syaitan Lakonan Fizz Fairuz". Sensasi Selebriti. 9 April 2013. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  3. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (5 Mei 2013). "Perjanjian berdarah!". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Filem arahan Faizul A. Rashid
  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri