Skrip 7707

Skrip 7707
Poster Filem Skrip 7707
PengarahAbdul Razak Mohaideen
Dihasilkan olehLatif Mohaideen
Dibintangi
  • Norman KRU
  • Fasha Sandha
  • Fouziah Gous
  • Que Haidar
  • Almy Nadia
  • Ruminah Sidek
  • M. Rajoli
SinematografiMohd Erman
Syarikat
penerbitan
  • Grand Brilliance
  • Lineclear Motion Picture
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 16 Julai 2009 (2009-07-16) (Malaysia)
Masa tayangan
92 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta[1]
Pecah panggungRM 1.91 juta juta[2]

Skrip 7707 ialah sebuah filem seram Malaysia 2009 arahan , Prof Madya A. Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 Julai 2009. Filem ini dibintangi oleh Norman KRU, Fauziah Ghous dan Almy Nadia

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang seorang penerbit yang mempunyai himpunan skrip. Beliau di dalam proses menghasilkan sebuah filem seram tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan satu skrip filem. Beliau telah mengarahkan pembantunya mengiklankan dalam suratkhabar harian mengenai perjumpaan kepada mereka yang boleh berkongsi cerita – cerita seram berdasarkan pengalaman atau cerita – cerita yang pernah didengari oleh mereka.Cerita yang terpilih akan mendapat imbuhan. Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah tempat yang strategik. Pada malam yang ditetapkan, penerbit tersebut telah pergi ke lokasi yang telah ditetapkan. Kedatangan beliau telah dinantikan oleh seramai 9 orang peserta yang telah bersedia untuk berkongsi cerita seram dengan beliau. Perjumpaan pada malam tersebut telah dirakamkan dalam bentuk video sebagai bahan rujukan beliau. Cerita dimulakan dengan cerita pengalaman penerbit itu sendiri iaitu dengan menceritakan kisahnya yang berlaku semasa beliau mula – mula menjejakkan kaki ke menara gading. Cerita diteruskan dengan pencerita kedua sehingga yang terakhir. Setelah selesai, beliau merasa puas hati dengan koleksi cerita yang telah diperolehinya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua, beliau pun pulang. Pada keesokkan harinya, sewaktu penerbit itu sedang menyiapkan skrip tersebut, pembantu peribadinya memaklumkan kepada beliau mengenai sambutan iklan yang telah disiarkan dalam suratkhabar dan ramai yang berminat untuk berkongsi kisah mereka. Pembantunya juga mengingatkan bahawa pada malam hari ini perjumpaan tersebut akan diadakan. Penerbit tersebut terkejut dan mulai berasa hairan kerana perjumpaan tersebut telah pun diadakan pada malam sebelumnya. Kerana tidak berpuas hati dengan mesej yang disampaikan oleh pembantu peribadinya, beliau telah memainkan semula rakaman yang telah dirakam pada malam tersebut. Tetapi beliau sangat terkejut apabila mendapati hanya audio sahaja yang kedengaran tanpa ada visual di dalam rakaman tersebut. Yang menjadi persoalannya, siapakah orang yang ditemui pada malam tersebut. Beliau sendiri tidak pasti. Yang pastinya, beliau telah memporelehi bahan cerita yang diingininya selama ini.

Pelakon

  • Norman KRU sebagai Burn
  • Fouziah Gous sebagai Syida
  • Almy Nadia sebagai Jaja
  • Ruminah Sidek sebagai Ibu Jaja
  • Que Haidar sebagai Zack
  • Jehan Miskin sebagai Bob
  • Soffia Shamimi sebagai Shafina
  • Norman Hakim sebagai Norman
  • Abby Abadi sebagai Liza
  • Pekin Ibrahim sebagai Burn Muda
  • Haeriyanto Hassan sebagai Bidin
  • Fasha Sandha sebagai Ayu
  • Emi Riza sebagai Teman Lelaki Ayu
  • Mak Jah sebagai Mak Jah
  • M. Rajoli sebagai Pak Ali
  • Maimon Mutalib sebagai Mak Piah
  • Mohd Fazly Fuad sebagai Pak Tam
  • Didi Astillah sebagai Ros Kecil
  • Siti Aida Mohd Saharel sebagai Ros Besar
  • Shahrul Nizam Ariffin sebagai Zaki
  • Mohd Hafiz Nafiah sebagai Jasrul
  • Ainul Aishah sebagai Shasha
  • Aishah Mat Desa sebagai Jasmin
  • Nadia Yusry sebagai Nadia
  • Ahmad Sahee sebagai Sahee
  • Malik Rizwan Mokhtar sebagai Malik
  • Nora Elina Abdul Khalit sebagai Nora

Penampilan khas

Rujukan

  1. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2009
  2. ^ http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/JelingKakPora/20090802165428/Article/index_html

Pautan luar

  • Skrip 7707 di Sinema Malaysia
  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri