Sesuatu Yang Tertinggal

Sesuatu Yang Tertinggal
PengarahAsrulhisyam Ahmad
Dihasilkan olehPuad Onah
Tengku Iesta Tengku Alaudin
DibintangiZahiril Adzim
Sara Ali
Shera Aiyob
Eina Azman
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 5 Januari 2012 (2012-01-05) (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 0.80 juta
Pecah panggungRM 0.69 juta

Sesuatu Yang Tertinggal merupakan sebuah filem seram Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 5 Januari 2012 di Malaysia. Filem ini merupakan filem pertama arahan Asrul Hisham Ahmad, bekas artis kesan visual Usop Sontorian.

Sinopsis

Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama.

Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain.

Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian.

Mona berubah sikap.

Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona.

Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?

Pelakon

  • Zahiril Adzim sebagai Arshad
  • Sara Ali sebagai Mona
  • Eina Azman sebagai Bella
  • Shera Aiyob sebagai Zakiah

Lihat juga

  • Filem Malaysia tahun 2012

Pautan luar

  • Sesuatu Yang Tertinggal Diarkibkan 2012-03-06 di Wayback Machine di Sinema Malaysia
  • Filem 2012 di FINAS
  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri