Maria Mariana II

Maria Mariana II
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
  • Erra Fazira
  • Ziana Zain
  • Awie
  • Ning Baizura
  • Rosyam Nor
Disunting olehSalehan Samsuddin
Syarikat
penerbitan
  • Skop Productions
  • Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 2 April 1998 (1998-04-02) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM3,159,002 juta

Maria Mariana II ialah filem aksi jenayah Malaysia 1998, dan sekuel untuk filem tahun 1996, Maria Mariana. Filem ini diarahkan oleh Yusof Haslam, dan ditayangkan pada 2 April 1998.

Sinopsis

Maria dikejarkan ke hospital dan diselamatkan oleh Dr. Faris yang berjaya mengeluarkan peluru dari tubuhnya. Kemudian dia ditugaskan ke Unit Khas PDRM. Cintanya dengan Dr. Faris mula berputik. Unitnya telah diarahkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal di kotaraya. Mariana didatangi Remy, rakan sekerja yang menyukai Mariana. Ray, bekas teman lelakinya muncul semula dan menyebabkan jiwa Mariana memberontak dan kehidupannya liar kembali. Mariana bertekad untuk membalas dendam terhadap Ray, namun Ray yang menyedari rancangan Mariana itu bertindak memperdaya dan mencuba untuk menodai Mariana buat kali kedua namun berjaya diselamatkan oleh Sazali. Sejak itu Mariana mulai rapat dan jatuh cinta kepada Sazali. Sazali kemudian menawarkan Mariana untuk menjadi penyanyi utama di kelab malam yang diusahakannya. Mariana menerima tawaran itu namun ditentang oleh ibunya, akan tetapi Maria berjaya memujuk ibu mereka agar membenarkan Mariana menyanyi di kelab malam itu. Maria kemudiannya dikejutkan bahawa kelab malam yang dimana tempat Mariana menyanyi itu merupakan sarang kegiatan pil Estasy dan dadah. Lebih memeranjatkan bahawa dalang disebalik kegiatan haram itu adalah Sazali. Maria segera memberitahu Mariana agar memutuskan hubungannya dengan Sazali. Mariana yang keliru dengan permintaan kakaknya itu bertindak melarikan diri dari rumah dan ingin menemui Sazali, namun segalanya terbongkar apabila Mariana mengetahui bahawa Sazali hanya memperalatkan dirinya untuk menutup segala kegiatan haramnya itu. Manakala Maria berjaya menumpaskan Sazali. Mariana akhirnya mengahwini Remy, lelaki yang sanggup menerima dirinya.

Pelakon

Pelakon utama

  • Erra Fazira sebagai Maria / Insp. Maria
  • Ziana Zain sebagai Mariana
  • Awie sebagai Sazali

Pelakon pembantu

  • Ning Baizura sebagai Rozie
  • Rosyam Nor sebagai Remy
  • Roy Azman sebagai Ray
  • Zulkifli Ismail sebagai Dr. Faris
  • Jesslyn sebagai Insp. Susan
  • Noraini Hashim sebagai Zainab
  • Shaharon Anuar sebagai ASP Anuar
  • Deen Maidin sebagai Mat Motor
  • Mus Ikhmal sebagai Mus
  • Dilla Ahmad sebagai Mala

Pelakon tambahan

Lagu-lagu

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Maria Mariana" (Slam) Johari TehJohari Teh2:10
2."Alangkah" (Ning Baizura) Hari, ShatheshHari, Shathesh2:08
3."Ku Cinta Pada Mu" (Ziana Zain) NaneeZuriani2:28
4."Kemelut Di Muara Kasih" (Ziana Zain) Lukhman S.Saari Amri2:51
5."Berpisah Jua" (Ziana Zain) Asmin MudinAsmin Mudin2:55
6."Puncak Kasih" (Ziana Zain) Maya SariAdnan Abu Hassan2:10


Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Karya oleh Yusof Haslam
Pengarah
Penerbit
Buku Wikipedia Buku
  • l
  • b
  • s
Filem
Televisyen
Rencana berkaitan
  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri