Unit Pencegah Penyeludupan

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) ialah sebuah unit di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia, di mana keanggotaannya terdiri daripada pelabagai agensi. Objektif utama UPP adalah membanteras dan mencegah sebarang aktiviti penyeludupan di sepanjang 646.4 km sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand.

UPP terdiri dari tiga agensi utama:

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Kastam Diraja Malaysia
  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Dinaik taraf

UPP telah dinaik taraf menjadi Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) pada 2015[1].

Rasuah

Pada 2 Ogos 2018, bekas komander Unit Pencegah Penyeludupan Bukit Kayu Hitam, Shahidan Ladin, dituduh melakukan rasuah di Mahkamah Sesyen. Dia didakwa kerana mengambil rasuah berjumlah RM 4,500 dalam tiga pertuduhan. Shahidan mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu.[2]

Rujukan

  1. ^ Magendran Rajagopal (2 November 2015). "UPP kini jadi Agensi Keselamatan Sempadan". Berita Harian. Dicapai pada 25 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Adie Sufian Zulkefli (2 Ogos 2018). "Rasuah: Komander Unit Pencegah Penyeludupan mengaku tidak bersalah". Astro Awani. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  • l
  • b
  • s
Polis Diraja Malaysia
Undang-undang
Jabatan
Unit bersenjata
Unit khas
Perintah Operasi Khas
Pasukan Operasi Marin
Pasukan Gerakan Am
  • Tiger Platun Harimau
Bahagian Siasatan Jenayah
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Kempen
Misi terkenal
Di dalam media
Filem
Televisyen
Topik lain
Insiden