Maaf Tak Indah

  • Drama
    Romantik
PenciptaEmy RobertoDitulis oleh
  • PGRs Team
  • Amka Ahmad
  • Riqmal Eg
PengarahZamri Zakaria
Pengarah kreatif
Fazrin Jeffry
Dibintangi oleh
Azlee Khairi
Azar AzmiLagu pembukaan"Maaf" oleh Adira[1]Lagu penutup"Maaf" oleh AdiraNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod18PenerbitanPenerbit eksekutifFarra MarieTempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
Never Star Film Sdn.BhdPenyiaranSaluran asalTV3Siaran asal12 Februari 2020 – 12 Mac 2020KronologiMengikutiCameliaDiikuti olehRindu Yang Terindah

Maaf Tak Indah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Zamri Zakaria dibintangi oleh Azlee Khairi dan Azar Azmi. Diadaptasi daripada novel 2018 dengan tajuk sama karya Emy Roberto, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 12 Februari 2020 hingga 12 Mac 2020 menggantikan Camelia dan digantikan oleh Rindu Yang Terindah.[2]

Ringkasan Siri

Musim 1 (2020)

Perkahwinan Syazan dan Raimie yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tidak mahukan anak tetapi Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka dan menjalin hubungan dengan Zila.

Setelah lima tahun, mereka dipertemukan kembali atas urusan kerja dan Syazan merayu agar dia dibenarkan untuk berjumpa dengan Adam. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu, Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun Raimie yang sebenarnya masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya itu. Tanpa disedari Raimie tidak mengetahui kewujudan anak mereka Tia.

Syazan sangat obses menjaga bentuk tubuh badannya, lebih-lebih lagi setelah berkahwin dengan Raimie. Dia banyak habiskan masa dengan sahabatnya, Cheryl di Gym dan kelas Zumba. Oleh sebab itu jugalah dia tidak mahu mengandung, sementelah dia juga bencikan kanak-kanak. Syazan mengamalkan penggunakan pil perancang walaupun Raimei tidak sabar hendakkan anak dari perkahwinan mereka. Namun, Syazan tetap mengandung. Sejak itu, Syazan mula berubah. Dia tidak berkongsi kegembiraan bersama Raimie yang tidak sabar menerima kandungan itu. Syazan mula menyendiri. Dia benci dengan hidupnya ketika itu, lebih-lebih lagi bentuk tubuhnya ketika mengandung yang dirasakan hodoh. Sehinggalah Cherryl mencadangkan Syazan menggugurkan kandungan itu.

Musim 2 (TBA)

Pelakon

Pelakon utama

  • Azlee Khairi sebagai Raimie (musim 1–2) [3]
  • Azar Azmi sebagai Syazan (musim 1–2)

Pelakon pembantu

  • Ruhainies sebagai Zila (musim 1) [4]
  • Fizo Omar sebagai Jai (musim 1)
  • Zulkifli Ismail sebagai Rahim (musim 1–2)
  • Aida Khalida sebagai Sabariah (musim 1–2)
  • Mustapha Kamal sebagai Shariman (musim 1)
  • Didie Alias sebagai Safiah (musim 1–2)
  • Aleza Shadan sebagai Ros (musim 1–2)
  • Melanie Tan sebagai Kelly (musim 1–2)
  • Pauline Tan sebagai Cheryl (musim 1)
  • Halimah Naim Sebagai Mak Timah (musim 1)
  • Yumna Ayuna sebagai Tijah (musim 1)
  • Tuan Zuhayr Al-Mundzair sebagai Adam (musim 1)
  • Cassia Nur Iman sebagai Tia (musim 1–2)

Rujukan

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Februari 2020). "Tak kisah digelar ratu soundtrack". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  2. ^ "Drama Maaf Tak Indah (TV3)". My Infotaip. 11 Februari 2020. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  3. ^ Norhayati Nordin (19 Januari 2020). "Masih resah repsons peminat". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (2 Februari 2020). "Banyak main emosi". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.