Semanis Senyumanmu

  • Drama
  • Konflik
  • Romantik
Ditulis olehNur HusseinPengarahFaizul Jais
Dibintangi oleh
  • Aiman Hakim Ridza
  • Daiyan Trisha
Lagu pembukaanKalau Kau Rindu - Luqman PodolskiLagu penutupThinking Bout Us - Daiyan TrishaNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod16PenerbitanPenerbitNaomi LimTempoh siaran24–26 minit
Syarikat penerbitan
Parallax Pictures
Primeworks StudiosPenyiaranSaluran asalDisney+ Hotstar
TV3 (Slot Akasia) (tayangan semula)Siaran asal1 Jun 2021 (2021-06-01)KronologiMengikutiPerisik Cinta Tak DiundangDiikuti olehMr. Bibik

Semanis Senyumanmu ialah sebuah siri drama romantik beserta konflik Malaysia 2021 yang disiarkan di laman penstriman Disney+ Hotstar sebagai Hotstar Originals arahan Faizul Jais, dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Daiyan Trisha.

Siri ini telah ditayangan semula di saluran TV3 di bawah Slot Akasia bermula 7 Oktober 2021 bagi menggantikan siri drama Perisik Cinta Tak Diundang. [1]

Sinopsis

Mengisahkan tentang Chef Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal bersama Chef Jamal (Zoul Muhammad), Chef Ali (Thaqif Zohiri), Chef Lok (Lokman Hakim) dan Chef Fik (Adib Fikri) dan hasil masakannya selalu mendapat pujian.

Chef Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Chef Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan tersebut dan menganggap pelanggan tersebut hanya perasan bagus.

Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.

Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.

Pada satu hari, Chef Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Chef Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini.

Kali ini Chef Azim pula mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Chef Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Chef Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya.

Adakah Chef Azim akan bersetuju dengan tawaran itu dan berbaik dengan Azra?

Pelakon

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Chef Faiz
  • Daiyan Trisha sebagai Azra
  • Shekeen Waida sebagai Azreen
  • Adib Azlan sebagai Izzat
  • Abbas Mahmood sebagai Joe
  • Mia Deen sebagai Nisa
  • Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
  • Thaqif Zohiri sebagai Chef Ali
  • Lokman Hakim sebagai Chef Lok
  • Adib Fikri sebagai Chef Fik
  • Aqilah Abas sebagai Iman
  • Sofea Ace sebagai Sofea
  • Mikhail Afif sebagai Bob
  • Rozuki sebagai
  • Ag Aziz sebagai
  • Rashimah sebagai
  • Muhammad Nur Iman sebagai
  • Akhmal Nazri sebagai Iqbal
  • Zahirah MacWilson sebagai Zaza
  • Awie sebagai Dirinya sendiri

Rujukan

  1. ^ Drama Semanis Senyumanmu. MyInfoTaip. Dicapai 7 Oktober 2021.

Pautan Luar

  • Semanis Senyumanmu di Disney+ Hotstar
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.