Surah Al-Qari’ah

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s


Surah Al-Qari’ah (سورة القارعة) adalah surah ke-101 dalam al-Quran. Surah ini terdiri atas 11 ayat, termasuk golongan surah Makkiyyah, diturunkan sesudah Surah Quraisy. Nama Al-Qaari'ah diambil dari kata Al-Qaari'ah yang terdapat pada ayat pertama, ertinya Hari yang menggemparkan kemudian kata ini dipakai untuk nama hari kiamat.

Isi Kandungan

Isi Kandungan surah ini adalah kejadian-kejadian pada hari kiamat, iaitu manusia bertebaran, gunung berhamburan, amal perbuatan manusia ditimbang dan dibalas.

Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. الْقَارِعَةُ Hari yang menggemparkan,
  2. مَا الْقَارِعَةُ Apa dia hari yang menggemparkan itu?
  3. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -
  4. يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
  5. وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
  6. فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -
  7. فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
  8. وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
  9. فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
  10. وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
  11. نَارٌ حَامِيَةٌ (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

Pautan Luar

  • Al Qaria, القَارعَ

Dengar bacaan di sini

  • l
  • b
  • s
Surah-surah dalam Al Quran (القــرآن الكـــريم)


Surah Sebelumnya:
Surah Al-‘Aadiyaat
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah At-Takathur
Surah 101