Surah At-Takathur

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s


Surah At Takaatsur (سورة التكاثر) adalah surah ke-102 dalam al-Quran. Surah ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyyah, diturunkan sesudah Surah Al-Kauthar. Dinamai At Takaatsur yang terdapat pada ayat pertama surah ini.Juga diturunkan di Mekah/Madinah.Surah At Takaatsur bermaksud.Hari Kiamat yang sudah diceritakan oleh allah dari ayat dalam Al-Quran

Isi Kandungan

  • Keinginan manusia untuk bermegah-megahan ketika berada di dunia
  • sering lalai akan nikmat didunia
  • Dia baru menyedari kesalahannya itu setelah maut mendatanginya
  • manusia akan ditanya di akhirat tentang nikmat yang dibangga-banggakannya.

Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. أَلْھَىٰكُمُ التَّكَاثُرُ Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - (QS. 102:1)
  2. حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ Sehingga kamu masuk kubur. (QS. 102:2)
  3. كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (QS. 102:3)
  4. ثُمَّ كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (QS. 102:4)
  5. كَلا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (QS. 102:5)
  6. لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. (QS. 102:6)
  7. ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (QS. 102:7)
  8. ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (QS. 102:8)

Pautan Luar

  • At Takathur, التّکاثُر

Dengar bacaan di sini

  • l
  • b
  • s
Surah-surah dalam Al Quran (القــرآن الكـــريم)


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Qari’ah
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-‘Asr
Surah 102