Surah Asy-Syuraa

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s


Surah Asy-Syuraa (سورة الشورى) diturunkan di Makkah, merupakan surah yang ke-42 dalam al-Quran, mengandungi 53 ayat. Dinamakan surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), kerana pada ayat 38 ada diterangkan bahawa antara sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan diredai Allah SWT ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.

Isi kandungannya

Pada awal surah ini Allah SWT menegaskan kebenaran wahi (wahyu) (al-Quran) dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, dan menyatakan bahawa apa yang diwahikan kepada Baginda mengenai perkara-perkara asas dalam Islam seperti tauhid, hari kiamat dan balasan amal, adalah sama seperti yang telah diwahikan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya.

Kemudian ditegaskan bahawa agama yang diredai Allah SWT bagi umat manusia seluruhnya ialah agama Islam agama tauhid dan taat, yang diwahikan kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi-nabi (a.s.) yang sebelumnya. Lalu diperintahkan supaya orang-orang yang beriman menegakkan hukum-hukum Islam dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Kemudian diterangkan bahawa apa jua yang menimpa manusia dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka itu adalah disebabkan apa yang mereka lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka. Setelah itu diterangkan: Jika sesiapa hendak membalas, maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya dalam pada itu sesiapa memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepadanya maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah SWT dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya.

Pautan Luar

Dengar bacaan di sini

  • l
  • b
  • s
Surah-surah dalam Al Quran (القــرآن الكـــريم)


Surah Sebelumnya:
Surah Fussilat
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Az-Zukhruf
Surah 42