Surah Az-Zumar

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s

Surah Az-Zumar (سورة الزمر) ialah surah ke-39 dalam Al-Quran. Surah ini diturunkan di Makkah, mengandungi 75 ayat. Dinamakan "Az-Zumar" (Kumpulan manusia yang berpasuk-pasuk), kerana pada ayat- ayat 71-73 ada disebutkan perihal orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir yang dibawa "berpasuk-pasuk" untuk menerima balasan masing-masing.

Isi kandungan

Sebahagian besar di antaranya memperkatakan soal tauhid dengan berbagai cara, supaya dapat meresap dan bertapak di hati, disertakan dengan pengajaran-pengajaran dan tamsil-ibarat yang menyedarkan hati untuk menerima dan mematuhinya.

Kemudian diterangkan perihal orang-orang yang beriman yang berusaha mendengar perkataan- perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama). Mereka itulah yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Kemudian Allah Taala menegaskan tentang Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya tentang benarnya dan indahnya, dan yang berulang-ulang keterangan-keterangannya dengan berbagai cara. Dengan mendengar dan membacanya: kulit badan orang-orang yang takut melanggar perintah Allah menjadi seram kemudian kulit badan orang itu menjadi lembut serta tenang tenteram hatinya menerima ajarannya.

Golongan-golongan yang melampaui batas dengan perbuatan-perbuatan maksiat diseru supaya mereka jangan berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa (kecuali dosa syirik). Kemudian diseru supaya mereka segera bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada Allah sebelum mereka ditimpa azab, kerana sesudah itu tidak akan diberikan pertolongan. Surah ini diakhiri dengan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari akhirat dan balasan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang ingkar.

Pautan luar

Dengar bacaan di sini

  • l
  • b
  • s
Surah-surah dalam Al Quran (القــرآن الكـــريم)


Surah Sebelumnya:
Surah Saad
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Mu’min
Surah 39