Stesen Komuter Kampung Dato Harun
PJ City Bus: PJ01
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral | Laluan Pelabuhan Klang | menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong |
Stesen komuter Kampung Dato Harun (bahasa Inggeris: Kampung Dato Harun Komuter stationcode: en is deprecated ; singkatan: Stesen Kg Dato Harun) ialah salah satu stesen kereta api komuter di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen yang terletak di perkhidmatan Laluan Pelabuhan Klang yang telah dibuka pada 14 Ogos 1995.[1] Ia terletak di antara Stesen Komuter Jalan Templer dan Stesen Komuter Seri Setia dan dimiliki sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad.[2]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sebelah utara Lebuhraya Baru Pantai . Selain itu, Persimpangan Taman Maju Jaya (Exit 1005), kawasan perumahan Taman Medan Jaya, Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya Selatan (PJS) 51 dan Taman Dato Harun terletak berhampiran dengan stesen ini.
Pelan stesen
Struktur stesen terletak di atas permukaan tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi dengan dua landasan kereta api.
Perkhidmatan Bas
Bas RapidKL laluan 641 dan Bas PJ City Bus laluan PJ01 berkhidmat di sekitar stesen ini.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Hilmi Mohamad (Julai 2003). "Rail Transportation in Kuala Lumpur" [Pengangkutan Rel di Kuala Lumpur] (PDF). Japan Railway & Transport Review (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Mac 2017. Dicapai pada 1 Mei 2019.
- ^ "Komuter Routes in Malaysia" [Laluan Komuter di Malaysia]. Keretapi Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
Pautan luar
- Media berkenaan Stesen Komuter Kampung Dato Harun di Wikimedia Commons