Stesen MRT Conlay
Stesen sebelumnya | Stesen seterusnya | |||
---|---|---|---|---|
Tun Razak Exchange menghala ke Kwasa Damansara | Laluan Putrajaya | Persiaran KLCC menghala ke Putrajaya Sentral |
Stesen MRT Conlay, juga dikenali sebagai Stesen Conlay–Kompleks Kraf sempena penajanya, adalah sebuah stesen transit aliran massa (MRT) yang terletak di kawasan Bukit Bintang di bahagian tengah Kuala Lumpur, Malaysia, menganggotai Laluan Putrajaya.[1]
Stesen ini beroperasi sejak 16 Mac 2023.
Butiran stesen
Lokasi
Stesennya terletak di Jalan Stonor, berhampiran dengan tempat senama Jalan Conlay.
Antara mercu tanda berhampiran ialah Royale Chulan Hotel, Kompleks Kraf dan Rumah Penghulu Abu Seman.
Pavilion Kuala Lumpur terletak 750 meter jauhnya, membolehkan akses ke MRT/Monorel Bukit Bintang.
Keluar masuk
Di stesen ini terdapat dua pintu keluar masuk; kedua-duanya terletak bertentangan dengan satu sama lain, iaitu Pintu A di utara dan Pintu B di selatan.
Stesen Laluan Putrajaya | |||
Pintu masuk | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Jalan Kia Peng | Hentian teksi dan tumpangan e-panggilan, Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia, Ampersand, Eaton Residences, The Pearl KLCC, Pusat Perubatan Prince Court | |
B | Jalan Conlay | Hentian teksi dan tumpangan e-panggilan, Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Hotel Royale Chulan, 1A Stonor, Menara Chulan, 8 Conlay, Plaza Conlay, The Conlay |
Rujukan
- ^ "MYMRT | MRT Corp - Official webpage for the Klang Valley My Rapid Transit". www.mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-27. Dicapai pada 2017-05-29.
Pautan luar
- Conlay MRT Station | mrt.com.my
Koordinat: 3°09′05.2″N 101°43′03.7″E / 3.151444°N 101.717694°E / 3.151444; 101.717694
Rencana berkenaan transit aliran deras ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s