Stesen MRT Pavillion-Pusat Bandar Damansara

ڤاۏيليون- ڤوست باندر دامنساراcode: ms is deprecated
Permandangan stesen MRT Pusat Bandar Damansara daripada landasan.
LokasiStesen Pusat Bandar Damansara, Lebuhraya Sprint, 50490 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, MalaysiaKoordinat3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E / 3.1434111; 101.6622417Koordinat: 3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E / 3.1434111; 101.6622417Dimiliki olehMRT CorpLaluan9 Laluan KajangPlatform2 platform sisiTrek2Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T817PembinaanJenis strukturBertingkatTemplat letak kenderaan500 petak parkir kereta dan 166 petak parkir motosikalKemudahan OKUYa Akses OKUMaklumat lainKod stesen SBK13 SejarahDibuka16 December 2016Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
Manulife-Semantan
menghala ke Kajang
LokasiMap

Stesen MRT Pusat Bandar Damansara (atau Stesen MRT Pavillion-Pusat Bandar Damansara atas sebab penajaan)[1] ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di tengah-tengah bandar Damansara. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[2]

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang E23 Lebuhraya Sprint di pusat bandar Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia berhampiran persimpangan Maarof. Terdapat banyak pangsapuri mewah di sekitar stesen seperti Kondominium Bangsar Puteri, Kondominium Sri Penaga, Serai Bukit Bandaraya, Damaisari dan Twins @ Damansara Heights. Juga terletak berhampiran stesen adalah Menara Bangsar, Menara Millenium, dan pusat membeli-belah Damansara City Mall.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Manulife-Semantan)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Phileo Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 166 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T817 berkhidmat di stesen ini.

Pintu stesen

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Pavillion-Pusat Bandar Damansara. Kedudukan pintu A bertempatkan di Jalan Maarof manakala Pintu B bertempatkan di Jalan Johar.[3]

Stesen Laluan Kajang
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Jalan Maarof Help Residence, Menara Bangsar, Bangsar Shopping Centre
B Jalan Johar Hentian sebelah untuk bas pengantara, Damansara City Mall, Twins@Damansara Heights, Wisma Lensa, Jalan Kasah, Jalan Damanlela

Rujukan

  1. ^ M. Hafidz Mahpar (11 Jul 2017). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  2. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 15 Nov 2018.
  3. ^ a b "Pavilion Damansara Heights Pusat Bandar Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  4. ^ "Park N' Ride — Pusat Bandar Damansara". MRT Corp. 8 Jun 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  • l
  • b
  • s