Stesen LRT Dato' Keramat
Stesen sebelumnya | Stesen seterusnya | |||
---|---|---|---|---|
Jelatek menghala ke Gombak | Laluan Kelana Jaya | Damai menghala ke Putra Heights |
Stesen LRT Dato' Keramat ialah stesen LRT yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena Jalan Dato Keramat. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Keramat di Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sebelah selatan stesen adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang. Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Dato' Keramat AKLEH. Juga terletak berdekatan stesen ini adalah kawasan rekereasi Taman Tasik Datuk Keramat, Kompleks Sukan Dato' Keramat, Pasar Dato Keramat, Masjid al-Akram, Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek, SRI al-Alusi, SK Datuk Keramat 1& 2 dan pangsapuri mewah Picasso Residence.
Pelan stesen
L1 Platform | Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KJ Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Jelatek) | |
KJ Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Damai) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
G | Aras tanah | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan Rapid Bus: 220, Rapid Bus: 221 dan T224 berkhidmat di stesen ini.
Pintu stesen
Pintu | Lokasi | Destinasi berdekatan | Gambar | |
---|---|---|---|---|
A | Jalan Datuk Keramat | Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. SK Datok Keramat 1, SK Datok Keramat 2, Pasar Datuk Keramat. Kuarters Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). |
Rujukan
- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- l
- b
- s