Stesen MRT Taman Connaught
Stesen sebelumnya | RapidKL MRT | Stesen berikutnya | ||
---|---|---|---|---|
menghala ke Kwasa Damansara | Laluan SBK | menghala ke Kajang |
Stesen MRT Taman Connaught ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Connaught yang terletak di barat stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Plaza Pheonix.[2]
Ciri-ciri Stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di atas Lebuhraya Grand Saga di Cheras, Kuala Lumpur. Stesen ini terletak berhampiran sempadan Kuala Lumpur-Selangor di sebelah timur stesen dan persimpangan hibrid antara Lebuhraya Grand Saga, Jalan Cheras dan Lebuhraya Salak di barat daya stesen. Pusat membeli-belah Cheras Sentral Mall terletak di selatan stesen dan terdapat laluan pejalan kaki menghubungkan terus ke aras legar stesen ini. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Connaught, Taman Cheras Hartamas, Taman Len Seng, Cheria Height Apartment, Maxim Residences, dan Maktab Polis Diraja Malaysia.
Pelan stesen
L2 Platform | Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KG Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang (Taman Suntex) | |
KG Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 Kwasa Damansara (Taman Mutiara) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki ke Cheras Sentral Mall |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan T410, T411, T412, 450 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Taman Connaught — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- l
- b
- s