Stesen keretapi Bukit Mertajam
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Tasek Gelugor menghala ke Padang Besar | Laluan Padang Besar | Bukit Tengah menghala ke Butterworth | ||
Bukit Tengah menghala ke Butterworth | Laluan Ipoh | Simpang Ampat menghala ke Ipoh | ||
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (ETS) | Stesen seterusnya | ||
Butterworth Terminal | KL Sentral–Butterworth (Platinum) | Parit Buntar menghala ke Kuala Lumpur Sentral | ||
Butterworth–Gemas (Gold) | Nibong Tebal menghala ke Gemas |
Stesen keretapi Bukit Mertajam merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS. Stesen ini juga merupakan persimpangan Bukit Mertajam ke Butterworth yang bercabang dari Laluan Pantai Barat yang utama.
Sejarah
Stesen keretapi Bukit Mertajam mula dibuka pada tahun 1915 setelah landasan keretapi dari Bukit Mertajam telah dibina hingga ke Alor Setar. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 11 September 2015.[1]
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Tasek Gelugor menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[2]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 18 perlepasan ke Padang Besar
- 18 ketibaan dari Padang Besar
- 10 perlepasan ke Ipoh
- 10 ketibaan dari Ipoh
- 28 perlepasan ke Butterworth
- 28 ketibaan dari Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- enam perlepasan ke Butterworth
- enam ketibaan dari Butterworth
- lima perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- lima ketibaan dari Kuala Lumpur Sentral
- satu perlepasan ke Gemas
- satu ketibaan dari Gemas