Stesen keretapi Gurun
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Kobah menghala ke Padang Besar | Laluan Padang Besar | Sungai Petani menghala ke Butterworth | ||
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (ETS) | Stesen seterusnya | ||
Alor Setar menghala ke Padang Besar | Padang Besar–Gemas (Gold) | Sungai Petani menghala ke Gemas |
Stesen keretapi Gurun merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Gurun, Kedah, Malaysia. Stesen ini terletak dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.
Sejarah
Stesen keretapi Gurun mula dibuka pada tahun 1915 setelah landasan keretapi dari Bukit Mertajam telah dibina hingga ke Alor Setar. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 11 September 2015.[1]
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Gurun menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[2]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- satu perlepasan ke Padang Besar
- satu ketibaan dari Padang Besar
- satu perlepasan ke Gemas
- satu ketibaan dari Gemas