Stesen keretapi Kobah
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Alor Setar menghala ke Padang Besar | Laluan Padang Besar | Gurun menghala ke Butterworth |
Stesen Keretapi Kobah ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Pendang, Kedah. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen yang terletak dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara khususnya Laluan Padang Besar.
Sejarah
Stesen keretapi Kobah mula dibuka pada tahun 1915 setelah landasan keretapi dari Bukit Mertajam telah dibina hingga ke Alor Setar. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2016.[1]
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Kobah menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan Padang Besar.
Stesen ini menyediakan perkhidmatan merangkumi;[2]
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
Galeri
- Pintu masuk utama stesen
- Permadangan keseluruhan stesen dari platform
- Papan tanda nama stesen di Platform 1
- Platform 1 menuju ke stesen Butterworth
- Kereta api meninggalkan stesen Kobah di Platform 2
- Papan tanda nama stesen di Platform 2
Rujukan
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.