Stesen keretapi Kodiang
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Arau menghala ke Padang Besar | Laluan Padang Besar | Anak Bukit menghala ke Butterworth |
Stesen Keretapi Kodiang ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Kodiang, Kedah. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen yang terletak dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara khususnya Laluan Padang Besar.
Sejarah
Stesen keretapi Kodiang mula dibuka pada 15 Oktober 1917 setelah perkhidmatan keretapi laluan Bukit Mertajam ke Alor Setar dilanjutkan lagi hingga ke Bukit Ketri. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2016.[1]
Lokasi
Stesen keretapi Kodiang terletak di pekan Kodiang, Kubang Pasu berdekatan dengan sempadan Malaysia dan Thailand. Stesen ini juga terletak berdekatan dengan beberapa buah bandar seperti Bukit Kayu Hitam, Sintok dan Changlun.
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Kodiang menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan Padang Besar.
Stesen ini menyediakan perkhidmatan merangkumi;[2]
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
Galeri
- Tempat parkir kenderaan, 2023.
- Aras platform stesen, 2023.
- Aras platform stesen, 2023.
- Aras platform stesen, 2023.
Rujukan
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.