Stesen keretapi Padang Rengas
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Taiping menghala ke Butterworth | Laluan Ipoh | Kuala Kangsar menghala ke Ipoh | ||
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (ETS) | Stesen seterusnya | ||
Taiping menghala ke Padang Besar | Padang Besar–Gemas (Gold) | Kuala Kangsar menghala ke Gemas | ||
Taiping menghala ke Butterworth | Butterworth–Gemas (Gold) |
Stesen keretapi Padang Rengas merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Padang Rengas, Perak, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Padang Rengas menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[1]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 10 perlepasan ke Ipoh dan Butterworth
- 10 ketibaan dari Ipoh dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- dua perlepasan ke Gemas dari Butterworth dan Padang Besar
- dua perlepasan ke Butterworth dan Padang Besar dari Gemas
Rujukan
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.