Stesen keretapi Tasek Gelugor
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (Komuter) | Stesen seterusnya | ||
---|---|---|---|---|
Sungai Petani menghala ke Padang Besar | Laluan Padang Besar | Bukit Mertajam menghala ke Butterworth | ||
Stesen sebelumnya | Keretapi Tanah Melayu (ETS) | Stesen seterusnya | ||
Sungai Petani menghala ke Padang Besar | KL Sentral–Padang Besar (Platinum) | Parit Buntar menghala ke Kuala Lumpur Sentral | ||
Padang Besar–Gemas (Gold) | Nibong Tebal menghala ke Gemas |
Stesen keretapi Tasek Gelugor ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Tasek Gelugor, daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.
Perkhidmatan kereta api
Stesen keretapi Tasek Gelugor menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[1]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 18 perlepasan ke Padang Besar dan Butterworth
- 18 ketibaan dari Padang Besar dan Butterworth
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- lima perlepasan ke Padang Besar
- lima ketibaan dari Padang Besar
- empat perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- empat ketibaan dari Kuala Lumpur Sentral
- satu perlepasan ke Gemas
- satu ketibaan dari Gemas
Rujukan
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.